Showing posts with label FIQH-ROMADHON. Show all posts
Showing posts with label FIQH-ROMADHON. Show all posts

Wednesday, August 3, 2011

HUKUM MAKAN SAHUR


Masail 013: Berkaitan dengan Sahur

HUKUM MAKAN SAHUR

Imam An-Nawawi رحمه الله berkata; telah berkata Ibnul Munzir di Al-Isyraf:  ‘Telah sepakat kaum Muslim bahawa sahur adalah sunnah dan tidak berdosa bagi yang meninggalkannya’.

Dan Ibn Qudama pula berkata; ‘Tidak di ketahui para ‘Ulama berbeda pendapat dalam perkara ini, yaitu tentang hukum sunnah’.

[ rujuk : المجموع (360/6),  المغني (54/3), الفتح (1922)   ]

KEUTAMAAN MAKAN SAHUR


Masaalah 012 : Berkaitan dengan Sahur

KEUTAMAAN MAKAN SAHUR

Di dalam shohihain dari Anas ibn Malik bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda:

تسحروا فإن السحور بركة
‘Bersahurlah kamu! Kerana di dalam sahur itu ada keberkatan’               [ Muttafaq ‘alaih ]

Dari ‘Amr ibn ‘Ash  رضي الله عنه dia berkata telah bersabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

فصل ما بين صيامنا و صيام أهل الكتاب أكلة السحر

‘Perbedaan di antara puasa kita dengan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur’


Dan dari hadith dan seorang pemuda sahabat Nabi صلى الله عليه وسلم  dia berkata: aku mendatangi Nabi صلى الله عليه وسلم   dan dia sedang bersahur, kemudian bersabda:

إنما بركة أعطكم الله إياها فلا تدعوه
‘sesungguhnya ia (sahur) adalah keberkatan yang di beri oleh Allah kepada kamu, maka janganlah kamu tinggalkannya’ [ riwayat An-Nasai, di shahihkan oleh Shaikh Muqbil di Al-Jami’ As-shaih (422/2)]

Monday, July 25, 2011

HUKUM TIDUR KETIKA BERPUASA


masaalah 011 : Berkenaan dengan niat

TIDUR KETIKA BERPUASA

JAWABAN : HARUS

Tidur ketika berpuasa tidak menjejaskan puasa samaada tidur di sebahagian hari atau sepanjang hari, yang demikian adalah kerana tidur merupakan adat kebiasaan dan seorang yang tidur sentiasa peka pada keadaan, sehingga jika di kejutkan dia akan terjaga.

Berkata Shaikul Islam رحمه الله di dalan syarah Al-‘Umdah : ‘ini adalah nas yang masyhur di semua mazhab’.

[ lihat : المغني (12/3), كتاب الصيام من شرح العمدة (46/1), الإنصاف (264/3), الشرح الممتع (365/6) /  Faedah dari kitabإتحاف الأنام بأحكام ومسائل الصيام ) ( oleh As-Shaikh Muhammad Ibn Hizam Al-Ba’dani Al-Yemeniy]

Thursday, July 21, 2011

Masaalah 010 : Berkaitan dengan Niat


BARANGSIAPA YANG BERNIAT PUASA KEMUDIAN TIDAK SEDARKAN DIRI ( PENGSAN )


JAWABAN :
1. Jika tidak sedarkan diri sepanjang hari – TIDAK SAH PUASANYA DAN
WAJIB QODHO PUASA.

2. Jika sedar di sebahagian hari – SAH PUASANYA.


Perbahasan Fiqhiyyah:


Mazhab Ahmad dan Asy-Syaafi'I dan tarjiih Shaikhul Islam Ibn Taimiyyah dan Ibn Qudamah rahimahumullah - Tidak sah puasa orang yang pengsan sepanjang hari. Ibn Qudamah berdalil dengan hadith qudsi;


يدع طعامه و شرابه و شهوته من أجلي
'ia meninggalkan makanan, minuman dan syahwatnya demi keranaKU'


Kemudian dia berkata : 'Di sandarkan meninggalkan makanan dan minuman dan syahwat kepada Allah, maka orang yang tak sedarkan diri tidak di katakan dia meninggalkan semua itu kerana Allah ( lantaran tak sedarkan diri – pent ), dan kerana Niat adalah salah satu dari rukum puasa, tidak sah hanya dengan niat tanpa imsak ( menahan diri dari perkara membatalkan puasa ) dengan niat kerana Allah ( Orang yang pengsan bukan meninggalkan makan dan minum kerana Allah, tetrapi kerana tidak sedarkan diri - pent).


Adapun qodho puasa – Jumhur 'Ulama mewajibkannya, kerana dia masih di kira mukallaf ( terbeban dengan hukum ) dan kerana pengsan adalah termasuk jenis penyakit – maka Allah تعالى berfirman, bermaksud :


"Puasa Yang Diwajibkan itu ialah beberapa hari Yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu Yang sakit, atau Dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari Yang dibuka) itu pada hari-hari Yang lain.." Al-baqorah : 184


[ lihat : المحلى (365/4) – Ibn Qudamah menukilkan ijma', tetapi yang
benar wujud khilaf sebagaimana di sebut di الإنصاف ]


Adapun jika dia tersedar di pertengahan hari – Hanabilah dan juga salah satu pendapat Imam Asy-Syaafi'I serta Tarjiih Ibn Taimiyyah رحمهم الله – bahawa puasanya Sah berdalil dengan hadith qudsi yang terdahulu;


يدع طعامه و شرابه و شهوته من أجلي
'ia meninggalkan makanan, minuman dan syahwatnya demi keranaKU'


Berkata Ibn Taimiyyah رحمه الله sebagaimana di syarah 'Umdah: '..dan imsak tidaklah kecuali harus dalam keadaan berakal/sedar, tapi tidak menjadi syarat imsak harus sepanjang hari, bahkan cukup dia mendapatkan sebahagian darinya, kerana ia termasuk dalam umum firman Allah ( hadith qudsi ) : 'ia meninggalkan makanan, minuman dan syahwatnya demi keranaKU'


[ lihat المغني (12/3), الشرح الممتع (365/6), الإنصاف (264/3), شرح كتاب
الصيام (48/1) : / Faedah dari kitab إتحاف الأنام بأحكام ومسائل الصيام
) ( oleh As-Shaikh Muhammad Ibn Hizam Al-Ba'dani Al-Yemeniy


--
<http://groups.yahoo.com/group/AT-TAZKYR_SALAFYY/>
<http://groups.yahoo.com/group/AT-TAZKYR_SALAFYY/>
Apakah yang diperbuat musuh padaku !!!!
Aku, taman dan dikebunku ada dalam dadaku
Kemanapun ku pergi, ia selalu bersamaku
dan tiada pernah tinggalkan aku.
Aku, terpenjaraku adalah khalwat
kematianku adalah mati syahid
Terusirku dari negeriku adalah rekreasi


ibn Taimiyyah rahimahullah

Wednesday, July 20, 2011

JIKA SESEORANG BERNIAT BERBUKA ( sekadar niat ) SEDANGKAN DIA BERPUASA.

Masaalah 009:

JIKA SESEORANG BERNIAT BERBUKA ( sekadar niat ) SEDANGKAN DIA BERPUASA.

JAWABAN : Batal puasanya.


Perbahasan fiqh :

Pendapat pertama : Masyhur di dalam mazhab Malikiyah dan Hanabilah dan ini adalah pendapat Az-zhohiriyyah, Al-Fairuz Aabaadi dan Al-Baghowiy dan selainnya dari kalangan Asy-Syafi’iyyah -  bahawa berniat membatalkan puasa (berbuka) walau tanpa mengambil sesuatu ( yang membatalkan puasanya seperti makan dan minum) membatalkan puasa. Mereka berdalil seperti yang berikut:
1.     Hadith ‘Umar;
إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى
‘sesungguhnya segala perbuatan itu dengan Niat, dan sesungguhnya seseorang itu mendapat apa yang dia niatkan’ [ riwayat Al-Bukhory dan Muslim ]

2.     Mereka berhujah bahawa niat itu syarat bagi seluruh (sepanjang waktu) berpuasa, jika terputus niatnya di pertengahan waktu berpuasa pada hari itu, maka baki dari hari tersebut ( tanpa niat ) terbatal. Maka jika terbatal sebahagian dari hari tersebut maka terbatallah sepanjang hari tersebut, kerana puasa ( dalam satu hari ) itu tidak berpisah-pisah.

Pendapat kedua : Ini adalah pendapat Al-Hanafiyyah, kebanyakan pengikut mazhab Asy-Syaafi’iyyah telah berpendapat bahawa sesungguhnya orang yang berpuasa tidak menbatalkan puasanya hanya dengan niat. Al-Haafiyyah berhujah bahawa dengan hanya berniat tidak ada boleh di ambil kira dalam hukum syari’at selagi mana tidak melakukannya dengan perbuatan, dalil mereka;

1.     sebagaimana sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم ;
إن الله تجاوز عن أمتي ما لم حدثت به أنفسها ما لم تعمل أو تتكلم
‘sesungguhnya Allah mengampunkan dari umatku apa yang sekadar berlaku di dalam hatinya selagi ia tidak melakukannya atau mengucapkannya’ [ muttafaq ‘alaih dari Abi Hurairah ]

Pendapat yang roojih ( terpilih ) adalah pendapat yang pertama, dan ia juga adalah tarjiih ( pilihan pendapat ) Ibn qudamah dan shaikh As-Sa’diy serta shaikh Ibn ‘Utsaimin dan shaikh Sholih As-Sadlan rahimahummullah.

Adapun jawab bagi dalil mereka yang pertama;
Sesungguhnya kehendak dan azam adalah amalan hati, apabila dia berazam  atas menolak/mengingkari niat puasa, maka dia telah mendatangkan niat yang menyambungkannya dengan hati.

Dan maksud hadith ( hadith Abi Huraira ) tersebut ialah nafsu/hati yang tidak di iringi dengan azam di maafkan, adapun jika di iringi dengan azam dan keinginan yang kuat terhadap perbuatan itu, walaupun tidak terjadi, telah di sediakan ganjaran dan balasan firman Allah  تعالى ;
ﭬ  ﭭ  ﭮ  ﭯ  ﭰ   ﭱ  ﭲ  ﭳ  ﭴ  الحج: ٢٥

“..dan sesiapa Yang berazam melakukan di situ sebarang perbuatan Yang di larang Dengan cara Yang zalim, Kami akan merasakannya azab Yang tidak terperi sakitnya”. Al-Hajj : 25

Dan hadith Abi Bakrah رضى الله عنه  ;
القاتل و المقتول في النار قالوا يا رسول الله هذا القاتل فما بال المقتول؟ قال إنه كان حريصا على قتل صاحبه

‘pembunuh dan yang di bunuh masuk Neraka. Kami berkata wahai Rasulullah, pembunuh ini ( memang pantas masuk Neraka ) tapi bagaimana dengan yang di bunuh ( mengapa dia juga masuk kfe Neraka )..? baginda menjawab; sesungguhnya dia juga sangat ingin membunuh temannya..!’ [ muttafaq ‘alaih ]

[ Faedah ini di nukil dari kitab إتحاف الأنام بأحكام ومسائل الصيام ) ( oleh As-Shaikh Muhammad Ibn Hizam Al-Ba’dani Al-Yemeniy / lihat : النية و أثرها في الأحكام الشرعية – للسدلان (21-18/2), المغني (23/3), الشرح الممتع (376/6), غتاوى رمضان (175/1) جمع أشرف, المحلى (732) ]


MASAALAH 007:

JIKA SEORANG PEREMPUAN HAID BERNIAT UNTUK BERPUASA PADA ESOK HARI DALAM KEADAAN DIA SEDANG HAID

JAWABAN :  Sekiranya ada kebiasaan ( العاده ) dia tahu akan kebiasaan haidnya dimana dia menyakini bahawa haidnya akan berhenti pada sebelum terbit fajar, maka boleh bagi dia untuk berniat puasa dan sah puasanya. Tetapi jika dia tidak mepunyai kebiasaan, seperti seorang wanita muda yang baru di datangi haidkali pertama – tidak sah puasanya kerana ketidak pastiannya.

والله أعلم

[  di nukil dari kitab إتحاف الأنام بأحكام ومسائل الصيام ) ( oleh As-Shaikh Muhammad Ibn Hizam Al-Ba’dani Al-Yemeniy/ rujuk : المجموع (298/6) كتاب الصيام (196/1)  ]

Soalan 006:

APAKAH WAJIB UNTUK NIAT SETIAP HARI RAMODHON ATAU CUKUP SEKADAR SEKALI BERNIAT BAGI BULAN RAMODHON?

JAWABAN :  CUKUP NIAT SEKALI DI AWAL RAMODHON -  selagi tidak terputus puasanya dengan sebab uzur, jika terputus maka harus baginya memperbahurui niatnya semula – Tarjiih: Shailkul Islam dan Al-'Utsaimin rahimahumullah – khilaf jumhur.



Perbahasan fiqh:

Pendapat Jumhur di antaranya Imam Ahmad dan masyhur darinya, Imam As-Syafi'I dan Abu Hanifah dan riwayat dari Ishak -  wajib berniat bagi setiap hari – sebabnya adalah kerana setiap hari Romadhon itu adalah ibadah yang berasingan, tidak merosak satu amalan dengan amalan yang lain dan kerana itu juga – tidak rosak puasa di hari Ahad dengan rosakkannya puasa di hari isnin. Mereka berdalil dengan keumuman hadith Hafsah, bahawa Nabi صلى الله عليه و سلم  bersabda;
من لم يجمع الصيام قبل الفجر, فلا صيام له
'Barang siapa yang tidak berniat puasa sebelum datang waktu fajar,
 maka tiada puasa baginya'
[ Dikeluarkan oleh Abu Daud (2404), Tirmidzi (730), An-nasai (196/4), ibn Mjah (1700) di sahihkan oleh Al-Bani di shahih Al-jaami' (6538) ]

Pendapat kedua : Bahawa romadhon dan apa yang mengikutinya dengan apa-apa yang di syaratkan dengannya saling mengikuti (dari hari pertama hingga akhir romadhon) – cukup dengan niat di awalnya selagi mana tidak terputus ibadah puasanya atas sebab uzur. Apabila terputus wajib baginya untuk mengulangi kembali niatnya. Ini adalah atas keumuman dalil hadith 'Umar (( إنما الأعمال بالنيات )) dan juga kerana Puasa Romadhon adalah suatu ibadah yang satu maka niatnya juga satu.

Shaikhul Islam berkata: 'keadaannya (ibadah) yang rosak mengkhususkan dengan sebahagiannya jika bertemu.. tidak tercegah dari keadaannya itu sebagai satu ibadah, seperti haji, kerana haji merangkumi ibadah ihram, tawaf, wukuf di arafah dan sa'ie, kemudian rosaknya sebahagian dari ibadah haji ini tidak tidak merosakkan sebahagian ibadah yang lain – kerana ia adalah suatu ibadah. Selesai

Maka begitu juga dengan puasa sebulan Romadhon..dari hari pertama hingga ke hari terakhir adalah satu ibadah.

Ini adalah pedapat Imam Malik, riwayat dari Ahmad yang di bantu oleh ibn 'aqil dan riwayat dari Ishaq. Pendapat ini di pilih oleh Shaikhul Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah dan Ibn 'Utsaimin رحمه الله. Inilah yang rojih wallahu'alam.

Sinopsis :

·        Pendapat jumhur dalam masaalah ini tidak menggangap bahawa Puasa sebulan Romadhon itu bukanlah ibadah yang satu, bahkan ia adalah ibadah yang berasingan, maka jika ibadah yang berasingan – niatnya juga berasingan.
·        Pendapat kedua pula sebaliknya.
·        Faedah: maka dari gambaran pendapat pertama, jika seseorang yang tertidur dari sebelum maghrib hingga terbit fajar keesokkan hari – tidak sah puasanya pada hari itu. Manakala Pendapat kedua – sah.
·        Faedah : lafaz niat ((nawaitu shaumma ghodin..)) bid'ah, kerana niat adalah urusan hati.



Apakah yang diperbuat musuh padaku !!!!
Aku, taman dan dikebunku ada dalam dadaku
Kemanapun ku pergi, ia selalu bersamaku
dan tiada pernah tinggalkan aku.
     Aku, terpenjaraku adalah khalwat
kematianku adalah mati syahid
Terusirku dari negeriku adalah rekreasi

ibn Taimiyyah rahimahullah


Sunday, July 17, 2011

SOALAN/003 :

APAKAH HARUS MENENTUKAN NIAT (TA’IYIN AN-NIAT) PADA PUASA TATHOWWU’ ( SELAIN PUASA WAJIB )?

JAWABAN: SAH PUASA TANPA MENENTUKAN NIAT.

Perbahasan :

Imam An-Nawawi rahimahullah berkata di dalam < al-Muhazzab (290/6) > : ‘adapun puasa tathowwu’ sah niat berpuasa secara ithlaq sebagaimana hukum sholat (tathowwu’), demikianlah yang telah di ithlaqkan oleh mazhab kami dan sepantasnya di syaratkan menentukan niat bagi puasa rowaatib seperti puasa ‘Arofah, puasa ‘Aasyura, puasa enam hari selepas syawal dan puasa baith ( 13,14,15 hb setiap bulan) sebagaimana di syaratkan di dalam sholat rowaatib dari sunat-sunat sholat.

SOALAN/004 :

TABYIIT AN-NIAH ( MENETUKAN  NIAT WAKTU MALAM HARI - NIAT SEBELUM MASUK WAKTU PAGI ) BAGI PUASA WAJIB.

JAWABAN : WAJIB  -  pendapat Jumhur

Perbahasan :

Jumhur ‘ulama di antaranya Ahmad, Malik dan As-Syaafi’I berpendapat bahawa wajib miat di malam hari sebelum tiba waktu pagi. Mereka berdalil dengan hadis hafsah رصى الله عنها  bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم   bersabda:

من لم يبيت الصيام قبل الفجر فلا صيام له
‘barangsiapa yang tidak berniat di malam hari, maka tiada puasa baginya’             [

[Abu Daud (2454), at-tirmidzi (370), An-Nasaai (2331), Ibn Majah (1700)dan selain mereka –hadith ini yang rojih ialah mauquf kepada Hafsah dan Ibn ‘Umar, di rajihkan oleh Al-Bukhory , Abu Hatim, Nasaa’I, Daarutqutni, Tirmidzi dan Abu Daud berdalilkan hadith ‘Umar ;             [ إنما الأعمال بالنيات..  ].

Khilaf mazhab Abu Hanifah rahimahullah yang berpendapat bahawa sah niat sebelum zawal ( tergelincir matahari ) di puasa Romadhon dan nazar dan puasa mu’ayyan ( tertentu ) dan dia sepakat dengan jumhur bahawa puasa qodho dan kaffarah tidak sah keduanya kecuali dengan niat dari waktu malam. Mereka berdalil dengan sabda Nabi صلى الله عليه وسلم tentang hari ‘Asyura :
من كان صائما فليتم صومه و من كان أكل فليتم ىقية يومه
‘barangsiapa yang berpuasa maka sempurnakanlah puasanya dan barangsiapa yang telah makan maka sempurnakanlah baki dari puasanya hari itu’  [muttafaq ‘alaih ]

Yang rojih adalah pendapat jumhur yang merupakan tarjih ibn Qudamah, An-Nawawi dan shaikhul Islam, An-Shon’any serta As-Syaukaany.
AHKAM ROMADHON


AHKAM ROMADHON               بسم الله الرحمن الرحيم

MASAALAH YANG BERKAITAN DENGAN NIAT

SOALAN/001 :

APAKAH DI SYARATKAN NIAT UNTUK BERPUASA?

JAWABAN : WAJIB NIAT – Pendapat Jumhur

Perbahasan :

Tidak sah puasa tanpa NIAT samaada puasa wajib mahupun sunat, kerana Nabi صلى الله عليه  وسلم   bersabda: ‘Sesungguhnya setiap amal itu dengan Niat’ – muttafaqun ‘alaih dari hadith ibn ‘Umar.

Ini adalah  pendapat Jumhur (kebanyakan) ‘ulama, bahkan Ibn Qudamah rahimahullah telah menukilkan ijma’ sebagaimana di ‘المغني’ (7/3). Tetapi yang benar, wujud khilaf di kalangan ‘ulama – Imam az-zuhri, ‘atho, zufr dan Mujahid rahimahumullah telah berpendapat bahawa orang yang sihat dan bermukim tidak perlu niat pada puasa yang mut’ayyinan (tertentu).

[ lihat Al-majmu’ (300/6), Nailul Authar (197/4), al-Muhalla (728).]
Imam An-nawawi rahimahullah pula berkata: ‘Adapun puasa nazar dan kaffarah di syaratkan baginya untuk berniat dengan kesepakatan kaum Muslimin. (Al-Majmu’ (300-301/7).


SOALAN/002 :

HUKUM MENENTUKAN NIAT (TA’IYIN AN-NIAT) PADA PUASA YANG WAJIB (SEPERTI PUASA ROMADHON/KAFFARAH/NAZAR)?

JAWABAN : WAJIB MENENTUKAN NIAT – Pendapat Jumhur

Perbahasan :

Jumhur berpendapat bahawa ia adalah wajib – dimana seseorang menentukan puasa yang akan dia kerjakan keesokan hari seperti puasa romadhon atau puasa Kaffarah atau puasa Nazar – ini adalah mazhab Imam Malik, Imam Ahmad, As-Syaafi’I, Ishaq dan Abu Daud, di rajihkan (di pilih) oleh Ibn Qudamah dan An-Nawawi rahimahumullah.

Khilaf mazhab Abu Hanifah dan riwayat dari Ahmad yang menganggap tidak wajib untuk menentukan niat di bulan Romadhon – jika seseorang berniat di bulan Romadhon puasa muthlaq atau nafilah, sah puasa (romadhonnya).