Showing posts with label KAJIAN KITAB. Show all posts
Showing posts with label KAJIAN KITAB. Show all posts

Saturday, December 10, 2011

PASAL KEDUA ; WAJIB MEMPELAJARI 3 PERSOALAN - PERSOALAN PERTAMA :

 KAJIAN KITAB الأصول الثلاثة


قال المصنف رحمه الله

إعلم  - رحمك الله – أنه يجب علي كل مسلم و مسلمة تعلم هذه السائل الثلاث 
و العمل بهن :

الألى : أنالله خلقنا ورزقنا ولم يتركنا هلملاً بل أرسل إلينا رسولا, فمن أطاعه دخل الجنة, ومن عصاه دخل النار ودليل قوله تعالى:

  ﮰ   ﮱ  ﯓ    ﯔ  ﯕ   ﯖ  ﯗ          ﯘ  ﯙ      ﯚ  ﯛ  ﯜ  ﯝ  ﯞ  ﯟ    ﯠ  ﯡ  ﯢ  ﯣ  المزمل: ١٥ - ١٦٦

Maksudnya

Pengarang berkata

Ketahuilah! - Semuga Allah merahmati kamu –sesungguhnya wajib bagi setiap muslim lelaki dan wanita untuk mempelajari tiga persoalan ini dan beramal dengannya;

Yang pertama: sesungguhnya Allah telah menciptakan kita dan memberi kita rezeki dan tidak membiarkan kita kebinggungan, malah Dia mengutuskan kepada kita seorang Rasul, barangsiapa yang mentaatinya nescaya akan masuk surga, sebaliknya barangsipa yang mengingkarinya, nescaya akan masuk Neraka (wa’iyazubilah). Dan dalilnya firman Allah yang bermaksud;

"Sesungguhnya Kami telah mengutus kepada kamu (Wahai umat Muhammad), seorang Rasul Yang menjadi saksi terhadap kamu (tentang orang Yang mematuhi atau menolak seruannya), sebagaimana Kami telah mengutus kepada Firaun seorang Rasul. Maka Firaun menderhaka kepada Rasul itu, lalu Kami menyeksakannya Dengan azab seksa Yang seberat-beratnya.” Al-Muzammil: 15-16




Keterangan:

Perkataan Pengarang: “..Ketahuilah! - Semuga Allah merahmati kamu – sesungguhnya wajib bagi setiap muslim lelaki dan wanita untuk mempelajari tiga persoalan ini dan beramal dengannya..”


Friday, November 25, 2011

PASAL PERTAMA : TENTANG EMPAT PERSOALAN - ILMU - AMAL - DA'WAH - SABAR


Pasal pertama :

Empat permasaalahan yang terkandung di dalam surah Al-‘Asr .


Berkata Shaikh Muhammad ibn ‘Abdul Wahab di dalam kitabnya:

اعلم- رحمك الله- أنه يجب علينا أن تعلم اربع مسائل

Ketahuilah! Semuga Allah merahmati kalian.  Sesungguhnya wajib bagi kita untuk mempelajari empat perbahasan.


Syarah :
kalimah اعلم  (ketahuilah!) adalah kalimah yang mengisyaratkan kepada pendengar/pelajar supaya memperhatikan perkara yang ingin di sampaikan, maka selepas kalimah اعلم   (ketahuilah!) ini, shaikh ingin menyampaikan seseuatu yang penting dan harus di beri perhatian.
Wajib dari erti makna ahli usul : هو ما يثاب فاعله ويعاقب تاركه  (yang melakukannya mendapat pahala dan yang meninggalkannya mendapat dosa).                                                   Mustahab (sunat) : هو ما يثاب فاعله ولايعاقب تاركه  (iaitu pelakunya di beri pahala, dan yang meninggalkannya tidak mendapat dosa. 
                                                                             Mubah :   وهو لا يثاب فاعله ولا عقاب تاركه  ) iaitu pelakunya tidak di beri pahala dan yang meninggalkannya juga tidak di balas dosa)
Maka Shaikh berpendapat bahawa mempelajari empat permasaalahan yang akan di sebutkan nanti adalah wajib dan barangsiapa yang meninggalkannya akan beroleh dosa, maknanya shaikh berpendapat bahawa meninggalkan 4 perkara penting ini bakal mendapat dosa.
Wajib pula terbahagi kepada dua: 1. Wajib ‘Ain 2. Wajib Kifayah.
Wajib ‘ain / fardhu ‘Ain bermakna : setiap individu muslim mukallaf adalah di wajibkan keatasnya sesuatu hukum, seperti Sholat fardhu lima waktu, puasa romadhon dll.
Wajib kifayah / fardhu kifayah bermakna : wajib bagi setiap individu yang memerlukannya dan tidak bagi yang lain, seperti perniagaan, mu’amalah, faroid dll.
As-shaikh Al-‘Alamah Ibnul Qosim rahimahullah ; apa yang di maksudkan oleh pengarang ialah wajib ‘ain ke atas setiap individu baik lelaki mahupun perempuan, tua atau muda, merdeka atau hamba, miskin ataupun kaya – tidak ada uzur bagi yang jahil dengan kewajibannya, dan dalam hadis Anas rodhiallahu ‘an, Rasulullah bersabda ; طلب العلم فريضة  (menunut ilmu adalah suatu kewajiban..). Ahmad berkata ;  adalah kewajiban untuk menuntut ilmu apa yang  tertegaknya agama dengannya.
Dan yang terpenting untuk di pelajari adalah pengetahuan tentang agama Islam, yang mana dengan mempelajarinya menjadi sebab untuk masuk kedalam surga, dan mensia-siakan ilmu tersebut boleh menjadi sebab untuk masuk ke dalam neraka – waiya’uzubillah.