Showing posts with label FIQH. Show all posts
Showing posts with label FIQH. Show all posts

Sunday, July 17, 2011

SOALAN/003 :

APAKAH HARUS MENENTUKAN NIAT (TA’IYIN AN-NIAT) PADA PUASA TATHOWWU’ ( SELAIN PUASA WAJIB )?

JAWABAN: SAH PUASA TANPA MENENTUKAN NIAT.

Perbahasan :

Imam An-Nawawi rahimahullah berkata di dalam < al-Muhazzab (290/6) > : ‘adapun puasa tathowwu’ sah niat berpuasa secara ithlaq sebagaimana hukum sholat (tathowwu’), demikianlah yang telah di ithlaqkan oleh mazhab kami dan sepantasnya di syaratkan menentukan niat bagi puasa rowaatib seperti puasa ‘Arofah, puasa ‘Aasyura, puasa enam hari selepas syawal dan puasa baith ( 13,14,15 hb setiap bulan) sebagaimana di syaratkan di dalam sholat rowaatib dari sunat-sunat sholat.

SOALAN/004 :

TABYIIT AN-NIAH ( MENETUKAN  NIAT WAKTU MALAM HARI - NIAT SEBELUM MASUK WAKTU PAGI ) BAGI PUASA WAJIB.

JAWABAN : WAJIB  -  pendapat Jumhur

Perbahasan :

Jumhur ‘ulama di antaranya Ahmad, Malik dan As-Syaafi’I berpendapat bahawa wajib miat di malam hari sebelum tiba waktu pagi. Mereka berdalil dengan hadis hafsah رصى الله عنها  bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم   bersabda:

من لم يبيت الصيام قبل الفجر فلا صيام له
‘barangsiapa yang tidak berniat di malam hari, maka tiada puasa baginya’             [

[Abu Daud (2454), at-tirmidzi (370), An-Nasaai (2331), Ibn Majah (1700)dan selain mereka –hadith ini yang rojih ialah mauquf kepada Hafsah dan Ibn ‘Umar, di rajihkan oleh Al-Bukhory , Abu Hatim, Nasaa’I, Daarutqutni, Tirmidzi dan Abu Daud berdalilkan hadith ‘Umar ;             [ إنما الأعمال بالنيات..  ].

Khilaf mazhab Abu Hanifah rahimahullah yang berpendapat bahawa sah niat sebelum zawal ( tergelincir matahari ) di puasa Romadhon dan nazar dan puasa mu’ayyan ( tertentu ) dan dia sepakat dengan jumhur bahawa puasa qodho dan kaffarah tidak sah keduanya kecuali dengan niat dari waktu malam. Mereka berdalil dengan sabda Nabi صلى الله عليه وسلم tentang hari ‘Asyura :
من كان صائما فليتم صومه و من كان أكل فليتم ىقية يومه
‘barangsiapa yang berpuasa maka sempurnakanlah puasanya dan barangsiapa yang telah makan maka sempurnakanlah baki dari puasanya hari itu’  [muttafaq ‘alaih ]

Yang rojih adalah pendapat jumhur yang merupakan tarjih ibn Qudamah, An-Nawawi dan shaikhul Islam, An-Shon’any serta As-Syaukaany.
AHKAM ROMADHON


AHKAM ROMADHON               بسم الله الرحمن الرحيم

MASAALAH YANG BERKAITAN DENGAN NIAT

SOALAN/001 :

APAKAH DI SYARATKAN NIAT UNTUK BERPUASA?

JAWABAN : WAJIB NIAT – Pendapat Jumhur

Perbahasan :

Tidak sah puasa tanpa NIAT samaada puasa wajib mahupun sunat, kerana Nabi صلى الله عليه  وسلم   bersabda: ‘Sesungguhnya setiap amal itu dengan Niat’ – muttafaqun ‘alaih dari hadith ibn ‘Umar.

Ini adalah  pendapat Jumhur (kebanyakan) ‘ulama, bahkan Ibn Qudamah rahimahullah telah menukilkan ijma’ sebagaimana di ‘المغني’ (7/3). Tetapi yang benar, wujud khilaf di kalangan ‘ulama – Imam az-zuhri, ‘atho, zufr dan Mujahid rahimahumullah telah berpendapat bahawa orang yang sihat dan bermukim tidak perlu niat pada puasa yang mut’ayyinan (tertentu).

[ lihat Al-majmu’ (300/6), Nailul Authar (197/4), al-Muhalla (728).]
Imam An-nawawi rahimahullah pula berkata: ‘Adapun puasa nazar dan kaffarah di syaratkan baginya untuk berniat dengan kesepakatan kaum Muslimin. (Al-Majmu’ (300-301/7).


SOALAN/002 :

HUKUM MENENTUKAN NIAT (TA’IYIN AN-NIAT) PADA PUASA YANG WAJIB (SEPERTI PUASA ROMADHON/KAFFARAH/NAZAR)?

JAWABAN : WAJIB MENENTUKAN NIAT – Pendapat Jumhur

Perbahasan :

Jumhur berpendapat bahawa ia adalah wajib – dimana seseorang menentukan puasa yang akan dia kerjakan keesokan hari seperti puasa romadhon atau puasa Kaffarah atau puasa Nazar – ini adalah mazhab Imam Malik, Imam Ahmad, As-Syaafi’I, Ishaq dan Abu Daud, di rajihkan (di pilih) oleh Ibn Qudamah dan An-Nawawi rahimahumullah.

Khilaf mazhab Abu Hanifah dan riwayat dari Ahmad yang menganggap tidak wajib untuk menentukan niat di bulan Romadhon – jika seseorang berniat di bulan Romadhon puasa muthlaq atau nafilah, sah puasa (romadhonnya).


Wednesday, July 13, 2011




بسم االه الرحمن الرحيم


Keharaman mencukur
JANGGUT
Menurut Al-Quran dan As-sunnah atas fahaman As-Salaf As-Sholeh




Segala puji hanya bagi Allah serta selawat dan salam atas baginda Nabi yang tiada Nabi Setelahnya.
Saudara yang di muliakan, Ketahuilah bahwa  Asas kepada Agama Islam ini ialah mukholafah  (Menyelisihi) terhadap orang-orang  kuffar yang terdiri daripada Yahudi dan Nashora khasnya dan seluruh kaum kuffar. Kerana Tasyabbuh (Menyerupai) mereka membawa kepada kepautan hati dan rasa mahabbah (cinta) terhadap mereka sekaligus merosakkan maksud wala dan bara’ (Kasih Sayang dan berlepas diri), dimana kita diwajibkan untuk bersikap benci dan keras tehadap orang-orang yang memusuhi Allah dan Rasulnya, seperti firman Allah di dalam surah Al-Mumtahinah;
لا تجد قوما يؤمنون بالله واليوم الأخر يوآدون من حآد الله ورسوله ولو كان آبآءهم أو أبنآءهم أو إخوانهم أو عشيرتهم
Kamu tidak mendapati suatu kaum yang beriman dengan Allah dan Hari Berbangkit saling berkasih sayang dengan orang yang memusuhui Allah dan Rasulnya, sekalipun mereka itu ialah bapa-bapa kamu atau anak-anak kamu atau keluarga kamu..”
Telah berkata Shiekhul Islam Ibn Taimiyah; ‘Menyerupai mereka pada suatu yang bukan dari syariat kita, menyampai tahap pengharaman pada sesebahagian perkara sehingga ke tahab Dosa-dosa Besar, dan berkemungkinan untuk sampai ke tahab Kufur bergantung kepada dalil-dalil syar’i. Dan sesungguhnya dalil Al-Quran dan As-sunnah serta ijma’ telah menunjukkan bahawa perkara Menyelisihi orang-orang Kafir dan larangan dari menyerupai mereka dalam segenap perkara’’.

Ya Ikhwahtul Islam! Mukholafah (Menyelisihi) Kuffar serta larangan Tasyabbuh (Menyerupai) adalah sebahagian daripada syariat yang diwajibkan keatas kita  Ummat Islam.
Larangan Tasyabbuh ini mencakupi di segenap elemen beragama dan kehidupan kita seperti  beraqidah, beribadah, berpakain, beretika serta berpenampilan dan lain-lain lagi .
Perbahasan yang akan kita bahas disini ialah berkenaan Mukholafah kita dari segi penampilan diri iaitu kewajiban kita memelihara Janggut dan Haram memotongnya menurut petunjuk dan perintah serta larangan dari Baginda Rasulullah صلى غليه وسلم    melalui Hadis-hadis yang sahih yang diriwayatkan darinya.  Sebagaimana sabdanya  yang diriwayatkan oleh Al Bukhori dan Muslim di Shahih keduanya dan selainnya, dari Abdilah ibn ‘Umar berkata;  ;
 خالفوا المشركين، وفِّروا اللحى وأحفوا الشوارب»
Menyelisihlah kamu dari Orang-orang Musyrik, biarkan Janggut dan potonglah misai’.

Ikhwah yang dimuliakan! Semuga Allah memberi petunjuk dan taufiq-Nya kepada kita semua dalam mentaati segala perintah-perintahnya serta menjahuhi segala larangan-larangan-Nya dan menjadikan Rasul-Nya Al-Ma’shum sebagai qudwah dan Uswah dalam menjalani kehidupan di dunia yang sementara ini demi mencapai keredhaan serta mengharapkan wajah-Nya, Maha Suci Allah.

HUKUM MEMELIHARA JANGGUT SERTA LARANGAN MENCUKURNYA SERTA DALIL-DALILNYA
Para ‘Ulama bersepakat dalam kewajiban   memelihara Janggut dan keharaman mencukurnya, Namun  sebahagiannya membolehkan untuk memotong janggut hanya sekadar ukuran genggaman tangan sebagaimana perbuatan para salaf.Shiekh Bin Baz ditanya  tentang hukum mencukur Janggut?As-Shiekh menjawab sebagaimana yang telah di Dalam riwayat yang sama dari Ibn ‘Umar, Nabi صلى الله عليه وسلم    bersabda;
« أحفوا الشوارب وأعفوا اللحى »
‘Potonglah! Misai dan biarkanlah (panjang)! Janggut-janggut’

Ta’rif Janggut: Nama bagi rambut yang tumbuh di kedua pipi dan dagu.
Berkata Ibn Hajar :: Kalimah وفروا       adalah dari  التوفير   yaitu bermaksud; ‘Mengekalkan / membiarkannya (panjang) sebagaimana halnya’.
Maksud ‘Menyelisihilah Orang-orang musyrik’ ; dijelaskan oleh hadith Abu Huraira, sabda Rasululah صلى الله عليه وسلم    ;
 « إن أهل الشرك يعفون شواربهم ويحفون لحاهم فخالفوهم، فأعفوا اللحى وأحفوا الشوارب » رواه البزار بسند حسن
'Sesungguhnya Orang-orang Musyrik membiarkan misai-misai mereka dan memotong janggut-janggut mereka, maka selisihlah mereka’. [diriwayatkan oleh bazzar dengan isnad yang hasan]

Dan dari riwayat Muslim, dari Abi Huraira, Rasulullah صلى الله عليه وسلم      Bersabda;
« خالفوا المجوس »

‘Menyelisihilah Kaum Majus (Penyembah Matahari)

Kerana mereka memotong Janggut-janggut mereka dan memanjangkan Misai-misai mereka. Dari riwayat Ibn Hibban, dari Ibn ‘Umar ط berkata; ‘Rasulullah   صلى الله عليه وسلم    ada menyebutkan tentang Kaum Majusi, beliau bersabda:
 ‘Sesungguhnya mereka memanjangkan Misai-misai mereka dan mencukur Janggut-janggut mereka, Maka selisihilah mereka!!

dan didalam riwayat Ibn Hibban juga, dari Abi Huraira رضى الله عنه berkata; telah bersabda Rasulullah  صلى الله عليه وسلم    ;   
« من فطرة الإسلام أخذ الشارب وإعفاء اللحى، فإن المجوس تعفي شواربها وتحفي لحاها، فخالفوهم، خذوا شواربكم وأعفوا لحاكم »
Merupakan fitrah didalam Islam memotong Misai dan membiarkan panjang Janggut, kerana orang-orang Majus memanjangkan misai dan memotong janggut, Maka selisihilah mereka!!; Potonglah Misai-misai kalian dan biarkanlah Janggut-janggut kamu!!’.



Dan terdapat didalam riwayat Muslim, dari Abi Huraira, Baginda bersabda;
« جزوا الشوارب وأرخوا اللحى »
Pendekkan Misai-misai dan panjangkan janggut-janggut’

Maksud جزوا   disini ialah; قصروا  )  Pendekkanlah!), dan maksud أخروا    disini ialah أطيلوا. (biarkan  panjang)
Berkata Shiekh Islam Ibn Taimiyah: Diharamkan mencukur Janggut’.

Berkata Al-Qurthubi: Tidak dibolehkan mencukur janggut tidak mencabutnya dan tidak juga memendekkannya’.

Dan diriwayatkan dari Muhammad Ibn Hazm: Merupakan ijma’ para ulama bahawa memotong/memendekkan Misai dan membiarkan panjang janggut adalah suatu kewajiban’, dan kemudian berdalil dengan hadith Ibn ‘Umar:

Selisihilah Orang-orang Musyrik, pendekkan Misai-misai dan biarkan panjang Janggut-janggut’.

Dan hadith zaid ibn Arqom ط yang sampai kepada Nabi;
: « من لم يأخذ شاربه فليس منا » صححه الترمذي
‘Barangsiapa yang tidak memendekkan misainya bukanlah dia daripada (golongan) kami’.[sahih Turmidzi]

Dan diriwayatkan dari Imam Ahmad dari Abi Huraira رضى الله عنه  berkata; Bersabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم       ;
« أعفوا اللحى وجزوا الشوارب، ولا تشبهوا باليهود والنصارى »
Biarkanlah Janggut-janggut dan potonglah Misai-misai, dan jangan kamu menyerupai yahudi dan nasara’.

Dan riwayat Bazzar dari Ibn ‘Abbas رضى الله عنه  yang sampai kepada Nabi  صلى الله عليه وسلم    :
« لا تشبهوا بالأعاجم أعفوا اللحى »
Jangan menyerupai dengan orang-orang bukan Arab biarkanlah Janggut-jangut kamu! (panjang)’.

Dan diriwayatkan oleh Abi Daud dari Ibn ‘Umar رضى الله عنه  berkata, bersabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم    ;

« من تشبه بقوم فهو منهم »
‘Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum maka mereka adalah dari golongan mereka’

Dan dalam riwayat Abi Daud juga, dari ‘amr ibn syu’aib  dari bapanya dari datuknya dari Rasulullah  صلى الله عليه وسلم      ;
: « ليس منا من تشبه بغيرنا، لا تشبهوا باليهود ولا بالنصارى »
‘Bukanlah dari (golongan) kami bagi siapa yang menyerupai selain dari kami. Jangan menyerupai dengan orang-orang Yahudi dan Nasara’.

Telah berkata Shiekh Islam Ibn Taimiyah :‘  Maka menyelisihi mereka (orang-orang Yahudi dan Nasara) itu adalah yang dimaksudkan oleh Allah, dan menyerupai mereka pada zhohir mewarisi kasih-sayang dan kecintaan didalam bathin, sebagaimana kecintaan di dalam bathin mewariskan penyerupaan pada zhohir, dan ini adalah suatu perkara yang telah di cuba’.
Dan beliau menyambung lagi; ‘Menyerupai mereka pada suatu yang bukan dari syariat kita, menyampai tahap pengharaman pada sesebahagian perkara sehingga ke tahab Dosa-dosa Besar, dan berkemungkinan untuk sampai ke tahab Kufur bergantung kepada dalil-dalil syar’i. Dan sesungguhnya dalil Al-Quran dan As-sunnah serta ijma’ telah menunjukkan bahawa perkara Menyelisihi orang-orang Kafir dan larangan dari menyerupai mereka dalam segenap perkara. Jika sekiranya suatu perkara cenderung kepada fasad yang tersembunyi tanpa mundhobid, disabitkan hukum fasad dan tahrim keatasnya. Maka menyerupai mereka pada zhohir merupakan sebab kepada penyerupaan kepada akhlaq dan perangai mereka yang tercela, bahkan kepada I’tiqad dan kesan yang demikian itu tidak mundhobid (tidak beratur cara), dan jiwa yang fasad terjadi tanpa di terlihat, dan sesungguhnya sukar untuk menghilangkan kesan tersebut, maka setiap sesuatu yang menyebabkan terjadinya fasad maka syara’ mengharamkannya.’
Telah di riwayatkan dari Ibn ‘Umar رضى الله عنه  :
من تشبه بهم حتى يموت حشر معهم"
‘Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum sehingga dia mati, kelak dibangkitkan bersama mereka’
Allah  melarang daripada mengikut hawa nafsu orang-orang kafir tersebut, firmanNya;
 وَلَا تَتَّبِعُوا أَهْوَاءَ قَوْمٍ قَدْ ضَلُّوا مِنْ قَبْلُ وَأَضَلُّوا كَثِيرًا وَضَلُّوا عَنْ سَوَاءِ السَّبِيلِ
dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang Telah sesat dahulunya (sebelum kedatangan Muhammad) dan mereka Telah menyesatkan kebanyakan (manusia), dan mereka tersesat dari jalan yang lurus".

Dan Allah أ berfirman lagi bermaksud ;

dan Sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah datang ilmu kepadamu, Sesungguhnya kamu -kalau begitu- termasuk golongan orang-orang yang zalim.”

Di riwayatkan dari Ibn Abi Syaibah :;
: « أن رجلا من المجوس جاء إلى النبي صلى الله عليه وسلم وقد حلق لحيته وأطال شاربه، فقال له النبي صلى الله عليه وسلم: ما هذا؟ قال: هذا ديننا، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لكن في ديننا أن نحفي الشوارب وأن نعفي اللحية »
‘Bahawa telah datang seorang Majusi kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم    yang mencukur Janggutnya dan memanjangkan misainya. Maka Nabi bertanya kepadanya; ‘Mengapa kamu berbuat begini?’.Dia menjawab; Ini adalah ajaran Agama kami. Nabi bersabda; ‘Kami, dalam Agama kami memotong misai dan memanjangkan janggut’.

Ini adalah dalil yang jelas tentang wajibnya mukholafah/menyelisihi dengan orang-orang kafir.

SIFAT NABI DALAM MEMELIHARA JANGGUT

Dalam riwayat muslim dari hadith Jabir  رضى الله عنه  berkata; ‘Adalah Rasulullah seorang yang lebat janggutnya’.

Dam riwayat turmidzi dari Ibn ‘Umar; Adalah Rasulullah tebal janggutnya’.

Dari Anas رضى الله عنه dia berkata; Adalah Rasulullah memenuhi dengan (janggut) mukanya  dari sini hingga kesini, mengisyaratkan dengan tangannya (Bahagian kedua pipinya)’.

PEGANGAN PARA SAHABAT DAN ‘ULAMA SALAF

Sesungguhnya Allah mencantikkan seorang lelaki dengan janggutnya, Dia (Ibn Hazm) meriwayatkannya; Dari tasbihnya Malaikat ialah; ‘Segala pujian bagi Allah yang menghias orang lelaki dengan Janggut.

 Dia berkata seperti di ‘At-tamhid’; ‘Diharamkan mencucur Janggut. Tidaklah yang mencukurnya kecuali ‘pondan’ ( lelaki yang berlagak perempuan)

Maka Janggut adalah perhiasan bagi lelaki dan merupakan kesempurnaan dalam penciptaan dan dengannya Allah telah membezakan seorang lelaki dengan seorang perempuan dan merupakan tanda suatu kesempurnaan.'

Dan mencabut janggut  dari asal tumbuhnya adalah merupakan dari Kabair (Dosa-dosa besar). Begitu juga bagi orang-orang yang mencukurnya atau memotongnya atau mencabutnya dengan menggunakan kapur, sedang ini merupakan kemunkaran yang dasyat dan maksiat yang nyata, kerana menyelisihi perintah Rasulullah serta terjatuh kedalam larangan Rasulullah صلى الله عليه وسلم    .

Al-Ghazali: berkata: mencabut janggut dan fanik (rambut dibawah bibir) adalah bid’ah.

Bersaksi seorang lelaki yang mencabut janggutnya di samping ‘Umar Ibn Abdul Aziz, lantas ‘Umar menolak persaksiaannya.

Telah menolak ‘Umar ibn Khattab رضى الله عنه ibn Abi Laila Khodi madinah persaksian bagi orang yang mencabut Janggutnya.

Al-Imam Abi Syamah berkata: sesungguhnya telah berbuat bid’ah orang-orang yang mencukur Janggut-janggut mereka yang mana ini merupakan  perbuatan Majusi.’

Perkara Ini berlaku di zamannya, bagaimana jika dia melihat orang-orang yang mencukur janggutnya hari ini??. Semuga Allah membinasakan orang-orang yang membuat perkara-perkara baru dalam Islam. Allah memerintahkan mereka supaya mencontohi Rasulullah صلى الله عليه وسلم    ..akan tetapi mereka menyelisihi dan bermaksiat kepadanya dan malah mencontohi Orang-orang Majus dan orang-orang kafir. Allah memerintahkan mereka supaya taat kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم    yang bersabda; ‘Biarkanlah Janggut’, ‘Panjangkanlah Janggut’...Akan tetapi mereka sengaja membantahnya dengan mencukurnya. Dan Nabi memerintahkan supaya memotong misai, malah mereka membiarkannya panjang, maka terbaliklah keadaan!! mereka bermaksiat kepada Allah dengan terang-terangan!!.

Ya Allah!, kami berlindung dari Mu dari Buta Hati dan  kehinaan dunia serta dari berlindung azab Akhirat. Allah berfirman;
إِنَّ شَرَّ الدَّوَابِّ عِنْدَ اللَّهِ الصُّمُّ الْبُكْمُ الَّذِينَ لَا يَعْقِلُونَ وَلَوْ عَلِمَ اللَّهُ فِيهِمْ خَيْرًا لَأَسْمَعَهُمْ وَلَوْ أَسْمَعَهُمْ لَتَوَلَّوْا وَهُمْ مُعْرِضُونَ }

“Sesungguhnya binatang (makhluk) yang seburuk-buruknya pada sisi Allah ialah; orang-orang yang pekak dan tuli yang tidak mengerti apa-apapun.  Kalau sekiranya Allah mengetahui kebaikan ada pada mereka, tentulah Allah menjadikan mereka dapat mendengar. dan Jikalau Allah menjadikan mereka dapat mendengar, niscaya mereka pasti berpaling juga, sedang mereka memalingkan diri (dari apa yang mereka dengar itu).

مَنْ يَهْدِ اللَّهُ فَهُوَ الْمُهْتَدِي وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَنْ تَجِدَ لَهُ وَلِيًّا مُرْشِدًا }

“barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, Maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barangsiapa yang disesatkan-Nya, Maka kamu tidak akan mendapatkan seorang pemimpinpun yang dapat memberi petunjuk kepadanya.”


KHILAF ‘ULAMA DALAM HUKUM MEMOTONG (bukan mencukur) JANGGUT SEKADAR UKURAN SEGENGGAM
 Sebahagian ulama memberi keringanaan untuk memotong janggut yang melebihi genggaman sebagaimana perbuatan Ibn ‘Umar, dan kebanyakkan ulama tidak menyukainya. Ini jelas sebagaimana hadis-hadis yang telah lewat.
Berkata Imam An-Nawawi ‘Yang baiknya, biarkanlah Janggut itu memanjang dalam keadaan halnya, dan janganlah menentangnya (hadis-hadis) dengan memotong (Janggutnya)’.

Dan dikeluarkan oleh Al-Khotib dari Abi Sa’id Al-Khudry; dia berkata, telah bersabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم      ;
« لا يأخذ أحدكم من طول لحيته »
Jangan seseorang darimu memotong janggutnya yang memanjang’

Allah تبارك وتعالى  berfirman di dalam KitabNya yang mulia;

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ } }
   Sesungguhnya Telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah”.
FirmanNya lagi;
وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا } }
 apa yang diberikan Rasul kepadamu, Maka terimalah. dan apa yang dilarangnya bagimu, Maka tinggalkanlah. dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras hukumannya”.
Allah تبارك وتعالى  berfirman lagi;
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَوَلَّوْا عَنْهُ وَأَنْتُمْ تَسْمَعُونَ }}
“  Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berpaling dari pada-Nya, sedang kamu mendengar (perintah-perintah-Nya)”.
firman Allah تبارك وتعالى  lagi;
فَلْيَحْذَرِ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَنْ تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ }}
“Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah-Nya takut akan ditimpa cobaan atau ditimpa azab yang pedih”.


firmannya lagi;
وَمَنْ يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَاءَتْ مَصِيرًا }
“ Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang Telah dikuasainya itu dan kami masukkan ia ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali”.

Berkata sheikh ‘Utsaimin: ‘Adapun apa yang kita dengar sebahagian orang mengatakan  bahawa boleh memotong sedikit daripada janggut khasnya separas ukuran apa yang  lebih daripada genggaman tangan, sesungguhnya Sebahagian Ahli Ilmu telah berfatwa bolehnya memotong apa yang lebih daripda ukuran paras gengaman, mereka berkata demikian bersandarkan hadis riwayat Al-Bukhori dari Abdilah Ibn ’Umar sesungguhnya dia jika ingin mengerjakan Haji atau ’Umrah, dia akan menggengam janggutnya dan memotong apa yang selebihnya .Akan tetapi yang lebih baik ialah membiarkan janggut itu tumbuh sebagaimana yang terdapat didalam hadis-hadis ’umum yang telah disebutkan tadi. Kerana Nabi tidak mengecualikan hal dengan sebahagian hal yang lain.’

 Kesimpulan dari perbahasan ini:

Ya ikhwahtul Islam! Telah jelas bagi kita , daripada dalil-dalil yang telah datang dari Nabi kita صلى عليه وسلم   tentang pengharaman mencukur janggut bagi para muslimin. Malah para imam-imam mazahib juga tidak berselisih dalam hal ini, iaitu pengharaman mencukur janggut, termasuk Imam syafie sendiri رحمه الله  yang mengharamkan perbuatan ini, akan tetapi mereka para ‘Ulama hanya berselisih pada boleh atau tidaknya memotong janggut pada kadar gengaman tangan kerana berdasarkan perbuatan para sahabat رضى الله عنهم 


Semuga kita di beri hidayah dan kekuatan oleh Allah untuk beramal dengan kewajiban ini. Amen.

والحمد لله
سبحانك اللهم وبحمدك  أشهد أن لا إله إلا أنت و أتوب إليك



Saturday, July 9, 2011

Soalan : JIKA PENDUDUK SUATU NEGERI TELAH MELIHAT HILAL (DI NEGERINYA), APAKAH MELAZIMKAN UNTUK SEMUA NEGERI BERPUASA?


Para 'Ulama telah berselisih dalam hal ini sehingga hampir kepada lapan pendapat (aqwal) sebagaimana yang di jelaskan oleh As-Shaikh Shiddique Hasan khan di kitabnya Raudhah An-Nadiah (224/1).
Imam Ash-Syaukani pula telah membuat sebuah risalah yang di namakan إطلاع أرباب الكمال على ما فيه رسالة الجلال في الهلال من الإختلال (kajian pemilik yang sempurna keatas apa yang terdapat di dalam risalah الهلال من الإختلال).

Di antara mazhab ini terdapat tiga pendapat yang paling kuat;

Pendapat yang pertama : Melazimkan setiap negeri yang lain berpuasa.
 Ia adalah pendapat Imam Malik, Imam As-Syafi’i, Imam Ahmad, laith dan selain mereka, dan juga merupakan tarjih (pemilihan pendapat) para muhaqqiqin (pengkaji) seperti Shaikhul Islam Ibn Tamiyyah sebagaimana di ‘Majmu’il fatawa, Imam As-Syaukani dan Shiddique Hasan Khan, Shaikhul muhaddhits Nasiruddin Al-Albani dan Shaikh Bin Baz rahimahumullah ajma’in.

Mereka berdalil dengan hadith Nabi صلى الله عليه وسلم :
صوموا لرؤيته وأفطروا لرؤيته
‘berpuasalah kamu dengan rukyahnya, dan berbukalah dengan rukyahnya’

Berkata Imam AS-Syaukani rahimmahullah; ‘dan ini tidak terhad kepada
sebahagian penduduk negeri secara tersendiri bahkan khitobnya untuk maslahat semua para muslimin, maka berdalil dengan hadith ini bagi melazimkan rukyah (penglihatan) hilal penduduk sesuatu negeri untuk penduduk selainnya adalah lebih jelas (kebenarannya) daripada tidak melazimkannya, kerana sekiranya seseorang penduduk negeri telah melihatnya maka sesungguhnya telah melihat para muslimin, maka di lazimkan bagi mereka apa yang di lazimkan mereka (yang melihat hilal) selesai – nailul Al-Authar (194/4)

Pendapat yang kedua : Hanya melazimkan penduduk negeri yang sama mathla’nya (tempat terbit hilal) dengan mathla’ penduduk yang melihat hilal. (mathla’ yang sama).

Ini adalah pendapat ‘ulama di dalam mazhab As-Syaafi’i (syaafi’iyyah) dan pendapat dari Imam Ahmad dan di pilih oleh Ibn Abdurr bar di dalam kitabnya At-tamhid, dan Shaikhul Islam di ((الإختيارات)) dan juga merupakan tarjih Shaikh  Muqbil Ibn Hadi Al-waadi’I dan shaikh Al-‘Utsaimin serta selain daripada mereka dari kalangan Ahli ‘Ilmu rahimahumullah ajma’in.
Mereka berdalil seperti yang berikut;
1.Firman Allah ta’ala;
; 4 `yJsù yÍky­ ãNä3YÏB tök¤9$# çmôJÝÁuŠù=sù (
“..oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu;..” – Al-baqoroh : 185

mereka berkata: ‘mereka yang tidak sama mathla’ dengan mereka (yang melihat) – tidak dapat dikatakan bahawa mereka ‘syahid’ (menyaksikan), tidak secara hakikat mahupun secara hukum. Allah ta’ala hanya mewajibkan puasa kepada yang menyaksikan (hilal)

2. sabda Nabi صلى الله عليه وسلم  :
صوموا لرؤيته وأفطروا لرؤيته
‘berpuasalah kamu dengan rukyahnya, dan berbukalah dengan rukyahnya’

Maka dalam hadith ini Nabi mengaitkan puasa dengan rukyah, maka baransgsiapa yang menyelisihi orang yang melihat di mathla’, maka tidak dikatakan bahwa dia melihat (hilal) tidak secara hakikat mahupun secara hukum.

3. Hadith dari Ibn ‘Abbas رضى الله عنهما di dalam sahih muslim, sesungguhnya dia bertanya kepada Kuraib رضى الله عنه  bilakah dia melihat hilal? – dimana ketika itu dia di syam dan ibn ‘Abbas di Madinah – dia menjawab; ‘kami melihatnya di malam jumaat’. Maka Ibn ‘Abbas رضى الله عنهما berkata; ‘akan tetapi kami melihatnya di malam sabtu dan kami masih lagi berpuasa sehingga kita melihat hilal atau menyempurnakan hari (30)..’, maka kuraib bertanya; ‘apakah tidak cukup dengan hanya bersandarkan rukyah Mu’awiyah رضى الله عنه ? Ibn ‘Abbas menjawab; ‘tidak, beginilah yang di perintahkan oleh baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم .

Pendapat yang ketiga : Tidak lazim bagi penduduk selain mereka (yang melihat hilal) kecuali sekiranya di tetapkan oleh Imam 'azhom  maka melazimkan semua penduduk (untuk mengikut rukyah penduduk yang melihat hilal). Kerana setiap negeri itu seperti sebuah satu negeri (tidak berpisah2) apabila ia menghukumnya maka ia berlaku pada semua, dan ini adalah pendapat ibn majusyun. Dan Ibn Al-'Utsaimin berkata: Manusia hari ini beramal dengan pendapat ini, dan ia dari sudut persatuan adalah pendapat yang kuat.

Telah berkata Shaikh Muhammad ibn Hizam Al-ba’dani Al-Yemeni hafizhoullah; ‘pendapat yang pertama dan kedua adalah pendapat yang kuat, akan tetapi yang lebih jelas – hanya Allah yang mengetahui – pendapat yang pertama adalah yang lebih kuat, kerana umumnya dalil dan syariat (tentang perkara) ini umum, kalau ada hukum selain dari itu maka akan di jelaskan oleh Nabi صلى الله عليه وسلم .’
bersambung..