بسم االه الرحمن الرحيم
Keharaman mencukur
JANGGUT
Menurut Al-Quran dan As-sunnah atas fahaman As-Salaf As-Sholeh
Saudara yang di muliakan, Ketahuilah bahwa Asas kepada Agama Islam ini ialah mukholafah (Menyelisihi) terhadap orang-orang kuffar yang terdiri daripada Yahudi dan Nashora khasnya dan seluruh kaum kuffar. Kerana Tasyabbuh (Menyerupai) mereka membawa kepada kepautan hati dan rasa mahabbah (cinta) terhadap mereka sekaligus merosakkan maksud wala dan bara’ (Kasih Sayang dan berlepas diri), dimana kita diwajibkan untuk bersikap benci dan keras tehadap orang-orang yang memusuhi Allah dan Rasulnya, seperti firman Allah di dalam surah Al-Mumtahinah;
لا تجد قوما يؤمنون بالله واليوم الأخر يوآدون من حآد الله ورسوله ولو كان آبآءهم أو أبنآءهم أو إخوانهم أو عشيرتهم
“Kamu tidak mendapati suatu kaum yang beriman dengan Allah dan Hari Berbangkit saling berkasih sayang dengan orang yang memusuhui Allah dan Rasulnya, sekalipun mereka itu ialah bapa-bapa kamu atau anak-anak kamu atau keluarga kamu..”
Telah berkata Shiekhul Islam Ibn Taimiyah; ‘Menyerupai mereka pada suatu yang bukan dari syariat kita, menyampai tahap pengharaman pada sesebahagian perkara sehingga ke tahab Dosa-dosa Besar, dan berkemungkinan untuk sampai ke tahab Kufur bergantung kepada dalil-dalil syar’i. Dan sesungguhnya dalil Al-Quran dan As-sunnah serta ijma’ telah menunjukkan bahawa perkara Menyelisihi orang-orang Kafir dan larangan dari menyerupai mereka dalam segenap perkara’’.
Ya Ikhwahtul Islam! Mukholafah (Menyelisihi) Kuffar serta larangan Tasyabbuh (Menyerupai) adalah sebahagian daripada syariat yang diwajibkan keatas kita Ummat Islam.
Larangan Tasyabbuh ini mencakupi di segenap elemen beragama dan kehidupan kita seperti beraqidah, beribadah, berpakain, beretika serta berpenampilan dan lain-lain lagi .
Perbahasan yang akan kita bahas disini ialah berkenaan Mukholafah kita dari segi penampilan diri iaitu kewajiban kita memelihara Janggut dan Haram memotongnya menurut petunjuk dan perintah serta larangan dari Baginda Rasulullah صلى غليه وسلم melalui Hadis-hadis yang sahih yang diriwayatkan darinya. Sebagaimana sabdanya yang diriwayatkan oleh Al Bukhori dan Muslim di Shahih keduanya dan selainnya, dari Abdilah ibn ‘Umar berkata; ;
خالفوا المشركين، وفِّروا اللحى وأحفوا الشوارب»
‘Menyelisihlah kamu dari Orang-orang Musyrik, biarkan Janggut dan potonglah misai’.
Ikhwah yang dimuliakan! Semuga Allah memberi petunjuk dan taufiq-Nya kepada kita semua dalam mentaati segala perintah-perintahnya serta menjahuhi segala larangan-larangan-Nya dan menjadikan Rasul-Nya Al-Ma’shum sebagai qudwah dan Uswah dalam menjalani kehidupan di dunia yang sementara ini demi mencapai keredhaan serta mengharapkan wajah-Nya, Maha Suci Allah.
HUKUM MEMELIHARA JANGGUT SERTA LARANGAN MENCUKURNYA SERTA DALIL-DALILNYA
Para ‘Ulama bersepakat dalam kewajiban memelihara Janggut dan keharaman mencukurnya, Namun sebahagiannya membolehkan untuk memotong janggut hanya sekadar ukuran genggaman tangan sebagaimana perbuatan para salaf.Shiekh Bin Baz ditanya tentang hukum mencukur Janggut?As-Shiekh menjawab sebagaimana yang telah di Dalam riwayat yang sama dari Ibn ‘Umar, Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda;
« أحفوا الشوارب وأعفوا اللحى »
‘Potonglah! Misai dan biarkanlah (panjang)! Janggut-janggut’
Ta’rif Janggut: Nama bagi rambut yang tumbuh di kedua pipi dan dagu.
Berkata Ibn Hajar :: Kalimah وفروا adalah dari التوفير yaitu bermaksud; ‘Mengekalkan / membiarkannya (panjang) sebagaimana halnya’.
Maksud ‘Menyelisihilah Orang-orang musyrik’ ; dijelaskan oleh hadith Abu Huraira, sabda Rasululah صلى الله عليه وسلم ;
« إن أهل الشرك يعفون شواربهم ويحفون لحاهم فخالفوهم، فأعفوا اللحى وأحفوا الشوارب » رواه البزار بسند حسن
'Sesungguhnya Orang-orang Musyrik membiarkan misai-misai mereka dan memotong janggut-janggut mereka, maka selisihlah mereka’. [diriwayatkan oleh bazzar dengan isnad yang hasan]
Dan dari riwayat Muslim, dari Abi Huraira, Rasulullah صلى الله عليه وسلم Bersabda;
« خالفوا المجوس »
‘Menyelisihilah Kaum Majus (Penyembah Matahari)
Kerana mereka memotong Janggut-janggut mereka dan memanjangkan Misai-misai mereka. Dari riwayat Ibn Hibban, dari Ibn ‘Umar ط berkata; ‘Rasulullah صلى الله عليه وسلم ada menyebutkan tentang Kaum Majusi, beliau bersabda:
‘Sesungguhnya mereka memanjangkan Misai-misai mereka dan mencukur Janggut-janggut mereka, Maka selisihilah mereka!!
dan didalam riwayat Ibn Hibban juga, dari Abi Huraira رضى الله عنه berkata; telah bersabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم ;
« من فطرة الإسلام أخذ الشارب وإعفاء اللحى، فإن المجوس تعفي شواربها وتحفي لحاها، فخالفوهم، خذوا شواربكم وأعفوا لحاكم »
‘Merupakan fitrah didalam Islam memotong Misai dan membiarkan panjang Janggut, kerana orang-orang Majus memanjangkan misai dan memotong janggut, Maka selisihilah mereka!!; Potonglah Misai-misai kalian dan biarkanlah Janggut-janggut kamu!!’.
Dan terdapat didalam riwayat Muslim, dari Abi Huraira, Baginda bersabda;
« جزوا الشوارب وأرخوا اللحى »
‘Pendekkan Misai-misai dan panjangkan janggut-janggut’
Maksud جزوا disini ialah; قصروا ) Pendekkanlah!), dan maksud أخروا disini ialah أطيلوا. (biarkan panjang)
Berkata Shiekh Islam Ibn Taimiyah: ‘Diharamkan mencukur Janggut’.
Berkata Al-Qurthubi: ‘Tidak dibolehkan mencukur janggut tidak mencabutnya dan tidak juga memendekkannya’.
Dan diriwayatkan dari Muhammad Ibn Hazm: ‘Merupakan ijma’ para ulama bahawa memotong/memendekkan Misai dan membiarkan panjang janggut adalah suatu kewajiban’, dan kemudian berdalil dengan hadith Ibn ‘Umar:
‘Selisihilah Orang-orang Musyrik, pendekkan Misai-misai dan biarkan panjang Janggut-janggut’.
Dan hadith zaid ibn Arqom ط yang sampai kepada Nabi;
: « من لم يأخذ شاربه فليس منا » صححه الترمذي
‘Barangsiapa yang tidak memendekkan misainya bukanlah dia daripada (golongan) kami’.[sahih Turmidzi]
Dan diriwayatkan dari Imam Ahmad dari Abi Huraira رضى الله عنه berkata; Bersabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم ;
« أعفوا اللحى وجزوا الشوارب، ولا تشبهوا باليهود والنصارى »
‘Biarkanlah Janggut-janggut dan potonglah Misai-misai, dan jangan kamu menyerupai yahudi dan nasara’.
Dan riwayat Bazzar dari Ibn ‘Abbas رضى الله عنه yang sampai kepada Nabi صلى الله عليه وسلم :
« لا تشبهوا بالأعاجم أعفوا اللحى »
‘Jangan menyerupai dengan orang-orang bukan Arab biarkanlah Janggut-jangut kamu! (panjang)’.
Dan diriwayatkan oleh Abi Daud dari Ibn ‘Umar رضى الله عنه berkata, bersabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم ;
« من تشبه بقوم فهو منهم »
‘Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum maka mereka adalah dari golongan mereka’
Dan dalam riwayat Abi Daud juga, dari ‘amr ibn syu’aib dari bapanya dari datuknya dari Rasulullah صلى الله عليه وسلم ;
: « ليس منا من تشبه بغيرنا، لا تشبهوا باليهود ولا بالنصارى »
‘Bukanlah dari (golongan) kami bagi siapa yang menyerupai selain dari kami. Jangan menyerupai dengan orang-orang Yahudi dan Nasara’.
Telah berkata Shiekh Islam Ibn Taimiyah :‘ Maka menyelisihi mereka (orang-orang Yahudi dan Nasara) itu adalah yang dimaksudkan oleh Allah, dan menyerupai mereka pada zhohir mewarisi kasih-sayang dan kecintaan didalam bathin, sebagaimana kecintaan di dalam bathin mewariskan penyerupaan pada zhohir, dan ini adalah suatu perkara yang telah di cuba’.
Dan beliau menyambung lagi; ‘Menyerupai mereka pada suatu yang bukan dari syariat kita, menyampai tahap pengharaman pada sesebahagian perkara sehingga ke tahab Dosa-dosa Besar, dan berkemungkinan untuk sampai ke tahab Kufur bergantung kepada dalil-dalil syar’i. Dan sesungguhnya dalil Al-Quran dan As-sunnah serta ijma’ telah menunjukkan bahawa perkara Menyelisihi orang-orang Kafir dan larangan dari menyerupai mereka dalam segenap perkara. Jika sekiranya suatu perkara cenderung kepada fasad yang tersembunyi tanpa mundhobid, disabitkan hukum fasad dan tahrim keatasnya. Maka menyerupai mereka pada zhohir merupakan sebab kepada penyerupaan kepada akhlaq dan perangai mereka yang tercela, bahkan kepada I’tiqad dan kesan yang demikian itu tidak mundhobid (tidak beratur cara), dan jiwa yang fasad terjadi tanpa di terlihat, dan sesungguhnya sukar untuk menghilangkan kesan tersebut, maka setiap sesuatu yang menyebabkan terjadinya fasad maka syara’ mengharamkannya.’
Telah di riwayatkan dari Ibn ‘Umar رضى الله عنه :
من تشبه بهم حتى يموت حشر معهم"
‘Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum sehingga dia mati, kelak dibangkitkan bersama mereka’
Allah melarang daripada mengikut hawa nafsu orang-orang kafir tersebut, firmanNya;
وَلَا تَتَّبِعُوا أَهْوَاءَ قَوْمٍ قَدْ ضَلُّوا مِنْ قَبْلُ وَأَضَلُّوا كَثِيرًا وَضَلُّوا عَنْ سَوَاءِ السَّبِيلِ
“dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang Telah sesat dahulunya (sebelum kedatangan Muhammad) dan mereka Telah menyesatkan kebanyakan (manusia), dan mereka tersesat dari jalan yang lurus".
Dan Allah أ berfirman lagi bermaksud ;
“dan Sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah datang ilmu kepadamu, Sesungguhnya kamu -kalau begitu- termasuk golongan orang-orang yang zalim.”
Di riwayatkan dari Ibn Abi Syaibah :;
: « أن رجلا من المجوس جاء إلى النبي صلى الله عليه وسلم وقد حلق لحيته وأطال شاربه، فقال له النبي صلى الله عليه وسلم: ما هذا؟ قال: هذا ديننا، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لكن في ديننا أن نحفي الشوارب وأن نعفي اللحية »
‘Bahawa telah datang seorang Majusi kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang mencukur Janggutnya dan memanjangkan misainya. Maka Nabi bertanya kepadanya; ‘Mengapa kamu berbuat begini?’.Dia menjawab; Ini adalah ajaran Agama kami. Nabi bersabda; ‘Kami, dalam Agama kami memotong misai dan memanjangkan janggut’.
Ini adalah dalil yang jelas tentang wajibnya mukholafah/menyelisihi dengan orang-orang kafir.
SIFAT NABI DALAM MEMELIHARA JANGGUT
Dalam riwayat muslim dari hadith Jabir رضى الله عنه berkata; ‘Adalah Rasulullah seorang yang lebat janggutnya’.
Dam riwayat turmidzi dari Ibn ‘Umar; ‘Adalah Rasulullah tebal janggutnya’.
Dari Anas رضى الله عنه dia berkata; ‘Adalah Rasulullah memenuhi dengan (janggut) mukanya dari sini hingga kesini, mengisyaratkan dengan tangannya (Bahagian kedua pipinya)’.
PEGANGAN PARA SAHABAT DAN ‘ULAMA SALAF
Sesungguhnya Allah mencantikkan seorang lelaki dengan janggutnya, Dia (Ibn Hazm) meriwayatkannya; Dari tasbihnya Malaikat ialah; ‘Segala pujian bagi Allah yang menghias orang lelaki dengan Janggut.
Dia berkata seperti di ‘At-tamhid’; ‘Diharamkan mencucur Janggut. Tidaklah yang mencukurnya kecuali ‘pondan’ ( lelaki yang berlagak perempuan)
Maka Janggut adalah perhiasan bagi lelaki dan merupakan kesempurnaan dalam penciptaan dan dengannya Allah telah membezakan seorang lelaki dengan seorang perempuan dan merupakan tanda suatu kesempurnaan.'
Dan mencabut janggut dari asal tumbuhnya adalah merupakan dari Kabair (Dosa-dosa besar). Begitu juga bagi orang-orang yang mencukurnya atau memotongnya atau mencabutnya dengan menggunakan kapur, sedang ini merupakan kemunkaran yang dasyat dan maksiat yang nyata, kerana menyelisihi perintah Rasulullah serta terjatuh kedalam larangan Rasulullah صلى الله عليه وسلم .
Al-Ghazali: berkata: ‘mencabut janggut dan fanik (rambut dibawah bibir) adalah bid’ah.
Bersaksi seorang lelaki yang mencabut janggutnya di samping ‘Umar Ibn Abdul Aziz, lantas ‘Umar menolak persaksiaannya.
Telah menolak ‘Umar ibn Khattab رضى الله عنه ibn Abi Laila Khodi madinah persaksian bagi orang yang mencabut Janggutnya.
Al-Imam Abi Syamah berkata: ‘sesungguhnya telah berbuat bid’ah orang-orang yang mencukur Janggut-janggut mereka yang mana ini merupakan perbuatan Majusi.’
Perkara Ini berlaku di zamannya, bagaimana jika dia melihat orang-orang yang mencukur janggutnya hari ini??. Semuga Allah membinasakan orang-orang yang membuat perkara-perkara baru dalam Islam. Allah memerintahkan mereka supaya mencontohi Rasulullah صلى الله عليه وسلم ..akan tetapi mereka menyelisihi dan bermaksiat kepadanya dan malah mencontohi Orang-orang Majus dan orang-orang kafir. Allah memerintahkan mereka supaya taat kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang bersabda; ‘Biarkanlah Janggut’, ‘Panjangkanlah Janggut’...Akan tetapi mereka sengaja membantahnya dengan mencukurnya. Dan Nabi memerintahkan supaya memotong misai, malah mereka membiarkannya panjang, maka terbaliklah keadaan!! mereka bermaksiat kepada Allah dengan terang-terangan!!.
Ya Allah!, kami berlindung dari Mu dari Buta Hati dan kehinaan dunia serta dari berlindung azab Akhirat. Allah berfirman;
إِنَّ شَرَّ الدَّوَابِّ عِنْدَ اللَّهِ الصُّمُّ الْبُكْمُ الَّذِينَ لَا يَعْقِلُونَ وَلَوْ عَلِمَ اللَّهُ فِيهِمْ خَيْرًا لَأَسْمَعَهُمْ وَلَوْ أَسْمَعَهُمْ لَتَوَلَّوْا وَهُمْ مُعْرِضُونَ }
“Sesungguhnya binatang (makhluk) yang seburuk-buruknya pada sisi Allah ialah; orang-orang yang pekak dan tuli yang tidak mengerti apa-apapun. Kalau sekiranya Allah mengetahui kebaikan ada pada mereka, tentulah Allah menjadikan mereka dapat mendengar. dan Jikalau Allah menjadikan mereka dapat mendengar, niscaya mereka pasti berpaling juga, sedang mereka memalingkan diri (dari apa yang mereka dengar itu).
مَنْ يَهْدِ اللَّهُ فَهُوَ الْمُهْتَدِي وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَنْ تَجِدَ لَهُ وَلِيًّا مُرْشِدًا }
“barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, Maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barangsiapa yang disesatkan-Nya, Maka kamu tidak akan mendapatkan seorang pemimpinpun yang dapat memberi petunjuk kepadanya.”
KHILAF ‘ULAMA DALAM HUKUM MEMOTONG (bukan mencukur) JANGGUT SEKADAR UKURAN SEGENGGAM
Sebahagian ulama memberi keringanaan untuk memotong janggut yang melebihi genggaman sebagaimana perbuatan Ibn ‘Umar, dan kebanyakkan ulama tidak menyukainya. Ini jelas sebagaimana hadis-hadis yang telah lewat.
Berkata Imam An-Nawawi ‘Yang baiknya, biarkanlah Janggut itu memanjang dalam keadaan halnya, dan janganlah menentangnya (hadis-hadis) dengan memotong (Janggutnya)’.
Dan dikeluarkan oleh Al-Khotib dari Abi Sa’id Al-Khudry; dia berkata, telah bersabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم ;
« لا يأخذ أحدكم من طول لحيته »
‘Jangan seseorang darimu memotong janggutnya yang memanjang’
Allah تبارك وتعالى berfirman di dalam KitabNya yang mulia;
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ } }
“Sesungguhnya Telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah”.
FirmanNya lagi;
وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا } }
“apa yang diberikan Rasul kepadamu, Maka terimalah. dan apa yang dilarangnya bagimu, Maka tinggalkanlah. dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras hukumannya”.
Allah تبارك وتعالى berfirman lagi;
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَوَلَّوْا عَنْهُ وَأَنْتُمْ تَسْمَعُونَ }}
“ Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berpaling dari pada-Nya, sedang kamu mendengar (perintah-perintah-Nya)”.
firman Allah تبارك وتعالى lagi;
فَلْيَحْذَرِ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَنْ تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ }}
“Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah-Nya takut akan ditimpa cobaan atau ditimpa azab yang pedih”.
firmannya lagi;
وَمَنْ يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَاءَتْ مَصِيرًا }
“ Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang Telah dikuasainya itu dan kami masukkan ia ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali”.
Berkata sheikh ‘Utsaimin: ‘Adapun apa yang kita dengar sebahagian orang mengatakan bahawa boleh memotong sedikit daripada janggut khasnya separas ukuran apa yang lebih daripada genggaman tangan, sesungguhnya Sebahagian Ahli Ilmu telah berfatwa bolehnya memotong apa yang lebih daripda ukuran paras gengaman, mereka berkata demikian bersandarkan hadis riwayat Al-Bukhori dari Abdilah Ibn ’Umar sesungguhnya dia jika ingin mengerjakan Haji atau ’Umrah, dia akan menggengam janggutnya dan memotong apa yang selebihnya .Akan tetapi yang lebih baik ialah membiarkan janggut itu tumbuh sebagaimana yang terdapat didalam hadis-hadis ’umum yang telah disebutkan tadi. Kerana Nabi tidak mengecualikan hal dengan sebahagian hal yang lain.’
Kesimpulan dari perbahasan ini:
Ya ikhwahtul Islam! Telah jelas bagi kita , daripada dalil-dalil yang telah datang dari Nabi kita صلى عليه وسلم tentang pengharaman mencukur janggut bagi para muslimin. Malah para imam-imam mazahib juga tidak berselisih dalam hal ini, iaitu pengharaman mencukur janggut, termasuk Imam syafie sendiri رحمه الله yang mengharamkan perbuatan ini, akan tetapi mereka para ‘Ulama hanya berselisih pada boleh atau tidaknya memotong janggut pada kadar gengaman tangan kerana berdasarkan perbuatan para sahabat رضى الله عنهم
Semuga kita di beri hidayah dan kekuatan oleh Allah untuk beramal dengan kewajiban ini. Amen.
والحمد لله
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد أن لا إله إلا أنت و أتوب إليك
No comments:
Post a Comment