Thursday, July 14, 2011

Nasihat untuk sabahat tablighku..hadanallah wa iyyahu.

بسم الله الرحمن الرحيم

Dari: akhikum fillah حفظه الله تعالى
Kepada: Akhi fillah Tn hj Ghozaly هداه الله

Sesungguhnya sikap seorang mukmin adalah sentiasa memberi peringatan dan suka menerima peringatan yang bermanfaat untuk dirinya, Allah عزوجل berfirman di dalam Kitab-Nya yang mulia, ertinya:



"dan tetap tekunlah Engkau memberi peringatan, kerana Sesungguhnyaperingatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang Yang beriman."
Az-zaariyats :55

Dan Agama yang mulia ini terbina dan terus wujud adalah di keranakan adanya Nasihat. Nabi saw bersabda dalam hadis abu ruqayyah ibn tamim
ad-daary رضى الله عنه yang di riwayatkan oleh muslim (No. 74/1); الدين النصيحة
' Agama itu adalah Nasihat'.

Dan dari jarir ibn abdillah ra, dia berkata;
بايعت النبي ص على اقامة الصلاة و ايتاء الزكاة و النصح لكل مسلم
' Aku berbai'at (janji setia) kepada Nabi w untuk menegakkan sholatdan mengeluarkan zakat serta menasihati seluruh kaum muslimin' – hadisriwayat Al-Bukhory(32/1) dan Muslim(75/1)

Kemudian dari itu,

Akhuna fillah,

Adapun hadirnya tulisan ini adalah dengan tujuan untuk meluruskan pemahaman antum akan firman Allah di dalam surah Al-Ankabut ayat 69;

" dan orang-orang Yang berusaha Dengan bersungguh-sungguh kepada kami
(kerana memenuhi kehendak Agama kami), Sesungguhnya Kami akan memimpin
mereka ke jalan-jalan Kami dan Sesungguhnya (Pertolongan dan bantuan)
Allah adalah berserta orang-orang Yang berusaha membaiki amalannya."

Berikut akan ana cuba sampaikan beberapa tafsir mu'tabar berkenaan dengan ayat tersebut.

Al-Hafizh Ibn Kashier rahimahullah berkata di dalam tafsirnya;
{ وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا } يعني: الرسول، صلوات الله وسلامه عليه،
وأصحابه وأتباعه إلى يوم الدين
{ لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا } ، أي: لنُبَصرنهم سبلنا، أي: طرقنا في
الدنيا والآخرة.
قال ابن أبي حاتم: حدثنا أبي، حدثنا أحمد بن أبي الحَواري، حدثنا عباس
الهمداني أبو أحمد –من أهل عكا –في قول الله (1) : { وَالَّذِينَ
جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ
الْمُحْسِنِينَ } قال: الذين يعملون بما يعلمون، يهديهم لما لا يعلمون.
قال أحمد بن أبي الحواري: فحدثت به أبا سليمان الداراني فأعجبه، وقال:
ليس ينبغي لِمَنْ ألهم شيئا من الخير أن يعمل به حتى يسمعه في الأثر،
فإذا سمعه في الأثر عمل به، وحمد الله حين وافق ما في نفسه )

Berkenaan firman Allah bermaksud,

" dan orang-orang Yang berusaha Dengan bersungguh-sungguh kepada kami"

yaini; 'mereka itu ialah Rasulullah, para sahabat dan mereka yang mengikut (sunnah) mereka hingga akhir kiamat. '
Dan firman Allah bermaksed,

'nescaya kami benar-benar akan memimpinnya kejalan kami'

maknanya; 'benar-benar kami akan menjadikan mereka dapat melihat/memahami jalan-jalan kami, yaini- jalan-jalan di dunia dan akhirat'.

Ibn Hatim berkata; telah menceritakan kepadaku ayahku, dia berkata telah menceritakan kepadaku Ahmad ibn Abi Al-Hawary, dia berkata telah menceritakan kepadaku Abbas Al-Hamdani Abu Ahmad-dari 'ukah- tentang makna ayat;

" dan orang-orang Yang berusaha Dengan bersungguh-sungguh kepada kami
(kerana memenuhi kehendak Agama kami), Sesungguhnya Kami akan memimpin
mereka ke jalan-jalan Kami dan Sesungguhnya (Pertolongan dan bantuan)
Allah adalah berserta orang-orang Yang berusaha membaiki amalannya."

dia berkata: 'mereka ialah orang-orang yang beramal dengan apa yang mereka ketahui (beramal dengan Ilmu), maka Allah menunjuki mereka kepada apa-apa yang mereka tidak tahu'.Berkata Ahmad ibn Abi Al-Hawary; aku telah menceritakan tentang tafsir ayat ini kepada Aba sulaiman Ad-daarany, maka diapun merasa takjub dan berkata; 'adalah tidak pantas bagi seseorang mendapat ilham untuk
melakukan sesuatu amal kebaikkan sehingga dia mendengarkan sunnah, jika dia telah mendengarkan sunnah (dari amalan tadi) maka amalkanlah
dan hendaklah dia memuji Allah diatas kecocokan amalannya tadi (dengan sunnah).'

Imam Al-Baghawy رحمه الله berkata di dalam tafsirnya;
Firman Allah,

" dan orang-orang Yang berusaha Dengan bersungguh-sungguh kepada kami
(kerana memenuhi kehendak Agama kami)...'

Yaitu; 'orang-orang yang berjihad (berperang) menentang kaum Musyrikin untuk menolong Agama kami. dan makna firman Allah,

'..Sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami ..'

maknanya; 'kami benar-benar akan menetapkan (tsabat) hati mereka dalam berjihad'.

Di katakan juga maknanya ialah;
لنوقفنهم لإصابة الطريق المستقيمة، والطريق المستقيمة هي التي يوصل بها
إلى رضا الله عز وجل
'kami benar-benar akan memberi taufiq kepada mendapat jalan yanglurus, dan jalan yang lurus itu ialah jalan yang menyampaikan seseorang kepada redho Allah'

Ada juga yang menafsirkannya makna mujahadah;
المجاهدة هي الصبر على الطاعات..
'Mujahadah itu maknanya ialah sabar dalam ketaatan (kepada Allah)'

Hassan Al-Basry رحمه الله berkata makna mujahadah ialah:
أفضل الجهاد مخالفة الهوى
'sebaik-baik jihad (mujahadah) itu ialah amalan yang menyelisihi Hawa Nafsu'.

Al-Fudail ibn 'iyaod رحمه الله berkata, maknanya;
والذين جاهدوا في طلب العلم لنهدينهم سبل العمل به
'orang-orang yang bermujahadah dalam menuntut Ilmu, nescaya Allah akan meminpin kepada mereka untuk beramal (dengan ilmu tersebut)'.

Sahl ibn Abdillah رحمه الله pula berkata;
والذين جاهدوا في إقامة السنة لنهدينهم سبل الجنة.
'Orang-orang bermujahadah dalam menegakkan sunnah nescaya Allah akan mefnunjukinya jalan-jalan kesurga,'

Ibn Abbas pula رضى الله عنه berkata;
والذين جاهدوا في طاعتنا لنهدينهم سبل ثوابنا
'dan orang-orang yang bermujahadah di dalam menjalankan ketaatan kepada kami, kami benar-benar akan menunjuki jalan-jalan kebaikkan (pahala).'

Imam abdurrahman ibn naasir As-sa'dy berkata di dalam tafsirnya;
{ وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا } وهم الذين هاجروا في سبيل اللّه،
وجاهدوا أعداءهم، وبذلوا مجهودهم في اتباع مرضاته،
{ لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا } أي: الطرق الموصلة إلينا، وذلك لأنهم محسنون.
Tentang firman Allah, bermaksud;

" dan orang-orang Yang berusaha Dengan bersungguh-sungguh kepada kami (kerana memenuhi kehendak Agama kami)...'

Maknanya; 'mereka adalah orang-orang yang berhijrah ke jalan Allah dan berjihad terhadap musuh-musuh mereka bersusah payah dalam mengikuti (jalan-jalan untuk mencapai) keredhoan Allah.'
Dan firman Allah;

'..Sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami ..'

Maknanya; 'kami menunjuki jalan-jalan menuju kepada kami, yang demikian itu adalah kerana mereka adalah orang yang membuat kebaikkan.'

Imam At-Thobary رحمه الله berkata, tentang firman Allah;

'..Sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami ..'
uh
Maknanya; 'kami benar-benar akan memberi taufiq kepada mereka untuk mendapat jalan yang lurus.'

Ibn 'Abbas juga berkata, firman Allah;

" dan orang-orang Yang berusaha Dengan bersungguh-sungguh kepada kami
(kerana memenuhi kehendak Agama kami)...'

yaini; '(mujahadah) dalam mentaati (perintah) kami.'
Dan Firman Allah;
'..Sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami ..'

أي من عمل بما علم لنوفقنهم لما لا يعلمون
Yaini; 'petunjuk berupa amalan daripada Ilmu (taufiq untuk beramal dengan ilmu) dan benar-benar kami memberi taufiq kepada mereka atas apa yang mereka tidak ketahui.

Akhi fillah,

Maka makna mujahadah di dalam ayat ini yang paling mencakup ialah sebagaimana yang di jelaskan oleh 'turjeman Al-Quran iaitu Ibn 'Abbas;

'dan orang-orang yang bermujahadah di dalam menjalankan ketaatan kepada kami, kami benar-benar akan menunjuki jalan-jalan kebaikkan(pahala).'

Dan makna ini lebih luas dan am daripada makna yang antum fahami iaitu hanya sebatas; 'khuruj da'wah'.
Jelas daripada tafsiran ahli tafsir yang di kemukakan, tidak ada satupun daripada mereka yang mentafsirkan sebagaimana tafsiran antum yang sempit itu.

Dan hal-hal bermujahadah di di dalam menjalankan ketaatan terlalu luas dari hanya 'khuruj 40 hari' sebagaimana yang antum fahami, dan termasuk ketaatan yang paling afdhol sebelum qaul dan 'amal ialah menuntut ilmu sebagaimana yang di jelaskan oleh fudhail ibn iyaodh
rahimahullah;
والذين جاهدوا في طلب العلم لنهدينهم سبل العمل به
'orang-orang yang bermujahadah dalam menuntut Ilmu, nescaya Allah akan meminpin kepada mereka untuk beramal (dengan ilmu tersebut)'.

Kerana semua amalan ketaatan termasuk jihad kaum kuffar dan jihad kaum munafiq serta berda'wah kepada Allah memerlukan kepada ILMU...Kerana AMALAN tanpa ILMU hanya akan menyesatkan kita lebih jauh..

Ketahuilah sesungguhnya kesesatan orang-orang Nasara (kristian) adalah disebabkan oleh jauhnya mereka dari ILMU, kerana mereka adalah kaum yang mendahuli amal daripada ilmu. Kenyataan ini kita ulang-ulangi di dalam sholat kita sehari sebanyak 17 kali, di mana kita memohon kepada
Allah supaya menunjuki kepada kita jalan orang-orang yang mendapat nikmat-Nya, bukan jalan orang yang di murkai oleh Allah yaitu orang Nasaro, firman Allah bermaksud;

"Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukanpula (jalan) orang-orang Yang sesat."

Dan orang-orang yang mendapat nikmat Allah ialah orang-orang yang sebagaimana Allah sebut di dalam surah An-Nisa ayat 69-70, firman-Nya bermaksud;

"dan sesiapa Yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan(ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang Yang telahdikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, Iaitu Nabi-nabi, danorang-orang Siddiqiin, dan orang-orang Yang Syahid, serta orang-orangYang soleh. dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada
orang-orang Yang taat)."

Dan orang-orang yang tersesat ialah orang-orang Nasara, sebagaimana yang di jelaskan oleh As-shaikh As-Sa'dy di dalam tafsirnya pada firman Allah; ولضالين - dia berkata; 'mereka adalah kaum yang meninggalkan kebenaran di atas kejahilan/kebodohan dan kesesatan, seperti Nashoro dan semisalnya'.

Al-mufassir Al-Imam hafizh Ibn Kashier berkata di dalam tafsirnya tentang ayat ini; 'sesungguhnya jalan orang-orang yang beriman adalah
mengandungi ILMU yang benar dan beramal dengannya, adapun orang yahudimereka meninggalkan amal (berilmu tanpa amal) dan orang-orang Nashoropula meninggalkan ILMU (beramal tanpa ilmu), yahudi dimurkai dan
Nashoro dalam kesesatan. Maka orang yang tidak beramal dengan ilmudimurkai oleh Allah, dan orang yang beramal tanpa ilmu jatuh ke dalam kesesatan.'

Walaupun tidak di nafikan bahawa berda'wah kepada Allah adalah antara hal-hal mujahadah dalam menjalankan ketaatan kepada Allah, tapibukanlah sebagaimana yang antum katakan; 'selain dari ini (da'wah)
akan jadi gaduh jer..' (kemudian antum pun ketawa..) pemahaman ini yang perlu di luruskan.
Ini adalah pemahaman yang sangat sempit dan sangat jauh dari kebenaran..!! apakah dalam Agama Islam yang syumul ini ada hanya 'khuruj..!! sehingga yang lain dari itu hanya jadi gaduh jer..??! sedang Allah memerintahkan kita supaya memasuki Agama ini dengan secara keseluruhan, Allah berfirman;

" Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke Dalam Agama Islamsecara keseluruhan; dan janganlah kamu menurutjejak langkah Syaitan; Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu
Yang terang nyata." – surah Al-Baqarah : 208

Janganlah kita mengikuti jejak langkah syaitan, kerana syaithon itu inginkan kita meninggalkan Agama kita yang syumul ini..apakah kita ingin mengambil sebahagian sahaja dari Agama ini dan meninggalkan sebahagian yang lain, firman Allah bermaksud;

"Patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab danmengingkari akan sebahagian Yang lain? maka tiadalah balasan bagiorang Yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaanketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke
Dalam azab seksa Yang amat berat. dan (ingatlah), Allah tidaksekali-kali lalai akan apa Yang kamu lakukan."

Apakah menurut pemahaman antum bahawa orang yang BERMUJADAH DALAM MENUNTUT ILMU SYAR'I misalnya - hanya akan jadi gaduh jer.. Apakah antum merasa bahawa mempelajari perkara TAUHID dan SYIRIK -hanya akan jadi gaduh jer..!

Dan apakah antum berkeyakinan bahawa orang-orang yang mempelajaritentang amalan-amlan SUNNAH dan BID'AH hanya akan jadi gaduh jer..!

Yang zahir dari manhaj Jema'ah Tabligh sebagaimana yang ana faham begitu lah (menurut pemamhaman antum)... bahawa – orang-orang yang sibuk dengan ILMU hanya akan
menjadikan manusia berselisih dan jadi gaduh jer.. kerana di sana akan ada yang mencegah dari kemungkaran seperti Syirik dan Bid'ah..

Bukankah Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda dalam hadis irbadh ibn saariyah رضى الله عنه ketika para sahabat meminta supaya Rasulullah memberikan nasihat dan wasiat;

'aku mewasiatkan kepada kamu agar bertakwa kepada Allah, dengar dan taatlah (kepada pemimpin kaau), biarpun kamu di perintah oleh seorang
hamba habasyi. Barangsiapa yang hidup lama selepasku akan mendapatkanperselisihan yang banyak, maka wajib atas kamu untuk memegang sunnahku
dan sunnah para pengantiku yang mendapat petunjuk, gigitlah ia dengan gigi geraham. Dan jauhilah perkara-perkara baru dalam Agama, kerana sesungguhnya perkara-perkara yang baru dalam Agama itu adalah
bid'ah..' – hadis riwayat sunan.

Maka perselishan itu adalah suatu perkara yang bakal terjadi bahkan telah terjadi sebagaimana yang di khabarkan oleh baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم .

Dan Robbuna عز وجل juga berfirman;
ولا يزلوا مختلفين الا من رحم ربك
"mereka (manusia) akan sentiasa berselisih, kecuali orang yang mendapat rahmat Allah.."

Maka perkaranya bukanlah – menghalang terjadinya perselisihan, sehingga terpaksa mudahanah (bermuka-muka) – akan tetapi apabila berlaku perselisihan, hendaklah kita menempatkan diri dalam golongan yang mendapat rahmat Allah iaitu, apabila berlaku pergaduhan dan
perselisihan, kita kembalikan kepada hukum Allah dan Rasulnya, firman Allah di dalam kitab-Nya yang mulia, bermaksud;

"Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlahkamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yangberkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah
(berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamumengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian
adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya."

Maka dalam rangka untuk mengembalikan setiap permasaalahan yang di perselisihkan agar kembali kepada Allah dan Rasulnya - bukan kepada hawa nafsu dan akal fikiran kita yang dangkal ini, maka hendaklah kitamenuntut ILMU terlebih dahulu..bagaimana kita ingin kembali kepada
Al-Quran dan As-Sunnah tanpa kita belajar Al-Quran dan As-Sunnah itu sendiri.??!!
Maka apakah yang antum faham dari Agama ini hanya lah sekadarmengajak manusia (berda'wah) untuk khuruj bersama jema'ah semata-mata – selesai segala masaalah..?! ada pun selain daripada itu adalah
sia-sia..?! Ya subhanallah, sungguh antum telah mempersempitkan kesyumullan Agama ini.. maka tak hairan lah ramai di kalangan ahli jema'ah (yang ana kenali sendiri) yang khuruj hampir berpuluh tahun masih tidak dapat
meninggalkan perkara yang haram (seperti rokok dan riba) dan bida'ah yang sesat, kerana mengandalkan manhaj antum yang rosak ini – 'yang penting khuruj.. selesai masaalah..!! '- lalu antum meninggalkan yang
lebih penting daripada itu.. Allahulmusta'an.

Wa bil-khitom yaa akhi fillah,
Ana pohon maaf jika ada kesalahan bahasa dan akhlaq dari apa yang ana cuba sampaikan, baik di dalam tulisan ini atau pun di dalam perbuatan ana..

Tidak lah niat ana melainkan berusaha agar kebaikkan dan kebenaran itu
sampai kepada antum, kerana baginda Rasulullah bersabda dalam hadis dari hadis Anas ibn Malik ra, riwayat Al-bukhory (14/1) dan Muslim (67/1);

لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه
Ertinya; 'tidak beriman (sempurna iman) seseorang dari kalian sehinggadia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri'

Dalam riwayat yang lain; '..sebagaimana dia mencintai dirinya dalam kebaikkan'.

Dan juga rasa cemburu ana terhadap mujahadah antum terhadap da'wah kepada Allah, hanya yang ana pinta supaya antum dahuluikan dengan ILMU yang benar dari Al-kitab dan As-Sunnah, bukan sekadar mentalqin ucapan
orang lain..sebagaimana perkataan antum apabila ana minta penjelasan tentang tafsir ayat والذين جاهدوا فينا ;

 'ana tak tahu, ana dengar orang cakap..',

Ini adalah tidak benar, kerana Allah berfirman, bermaksud;

"dan janganlah Engkau mengikut apa Yang Engkau tidak mempunyaipengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatanserta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa
Yang dilakukannya." – surah Al-israa : 36

Dan Rasulullah mengingatkan kita dengan sebuah hadis panjang dari Al-bara' ibn 'aazib رضي الله عنه tentang pertanyaan kubur; 'ketika di tanya (kepada orang yang ragu dan syak dia dalam agama mereka): siapakah tuhan kamu? dia menjawab: 'aku tak tahu'. Ketika di tanya apa agama mu? Dia menjawab: 'aku tidak tahu'. Ketika di tanya siapa Nabi mu? Dia menjawab: aku tak tahu, huh..huh aku tak tahu, aku mendengar orang menngucapkannya, lalu aku pun mnegucapkannya.' – di keluarkan oleh Abu Daud (4753) dan Ahmad (287/4) dan sahihkan oleh allamah Al-Albani di dalam sunan Abi Daud.

Wallahu'alam.

Selesai penulisannya pada 24 ربيع الثاني 1432
Walhamdulillah
Semuga bermanfaat.

سبحانك اللهم وبحمدك أشهد أن لا اله الا أنت وأتوب اليك

No comments: