Sunday, July 17, 2011

AHKAM ROMADHON


AHKAM ROMADHON               بسم الله الرحمن الرحيم

MASAALAH YANG BERKAITAN DENGAN NIAT

SOALAN/001 :

APAKAH DI SYARATKAN NIAT UNTUK BERPUASA?

JAWABAN : WAJIB NIAT – Pendapat Jumhur

Perbahasan :

Tidak sah puasa tanpa NIAT samaada puasa wajib mahupun sunat, kerana Nabi صلى الله عليه  وسلم   bersabda: ‘Sesungguhnya setiap amal itu dengan Niat’ – muttafaqun ‘alaih dari hadith ibn ‘Umar.

Ini adalah  pendapat Jumhur (kebanyakan) ‘ulama, bahkan Ibn Qudamah rahimahullah telah menukilkan ijma’ sebagaimana di ‘المغني’ (7/3). Tetapi yang benar, wujud khilaf di kalangan ‘ulama – Imam az-zuhri, ‘atho, zufr dan Mujahid rahimahumullah telah berpendapat bahawa orang yang sihat dan bermukim tidak perlu niat pada puasa yang mut’ayyinan (tertentu).

[ lihat Al-majmu’ (300/6), Nailul Authar (197/4), al-Muhalla (728).]
Imam An-nawawi rahimahullah pula berkata: ‘Adapun puasa nazar dan kaffarah di syaratkan baginya untuk berniat dengan kesepakatan kaum Muslimin. (Al-Majmu’ (300-301/7).


SOALAN/002 :

HUKUM MENENTUKAN NIAT (TA’IYIN AN-NIAT) PADA PUASA YANG WAJIB (SEPERTI PUASA ROMADHON/KAFFARAH/NAZAR)?

JAWABAN : WAJIB MENENTUKAN NIAT – Pendapat Jumhur

Perbahasan :

Jumhur berpendapat bahawa ia adalah wajib – dimana seseorang menentukan puasa yang akan dia kerjakan keesokan hari seperti puasa romadhon atau puasa Kaffarah atau puasa Nazar – ini adalah mazhab Imam Malik, Imam Ahmad, As-Syaafi’I, Ishaq dan Abu Daud, di rajihkan (di pilih) oleh Ibn Qudamah dan An-Nawawi rahimahumullah.

Khilaf mazhab Abu Hanifah dan riwayat dari Ahmad yang menganggap tidak wajib untuk menentukan niat di bulan Romadhon – jika seseorang berniat di bulan Romadhon puasa muthlaq atau nafilah, sah puasa (romadhonnya).


No comments: