Pasal pertama :
Empat permasaalahan yang terkandung di dalam surah Al-‘Asr .
Berkata
Shaikh Muhammad ibn ‘Abdul Wahab di dalam kitabnya:
اعلم- رحمك الله- أنه يجب علينا أن تعلم اربع مسائل
Ketahuilah! Semuga Allah merahmati kalian. Sesungguhnya wajib bagi kita untuk mempelajari empat perbahasan.
kalimah اعلم (ketahuilah!) adalah kalimah yang mengisyaratkan
kepada pendengar/pelajar supaya memperhatikan perkara yang ingin di sampaikan,
maka selepas kalimah اعلم (ketahuilah!) ini, shaikh ingin menyampaikan
seseuatu yang penting dan harus di beri perhatian.
Wajib dari erti makna ahli usul : هو ما يثاب فاعله ويعاقب تاركه (yang melakukannya mendapat pahala dan yang
meninggalkannya mendapat dosa). Mustahab (sunat) : هو ما يثاب فاعله
ولايعاقب تاركه (iaitu pelakunya di beri pahala, dan yang
meninggalkannya tidak mendapat dosa.
Mubah : وهو لا يثاب فاعله ولا عقاب تاركه ) iaitu pelakunya tidak di beri pahala dan yang meninggalkannya juga tidak di balas dosa)
Mubah : وهو لا يثاب فاعله ولا عقاب تاركه ) iaitu pelakunya tidak di beri pahala dan yang meninggalkannya juga tidak di balas dosa)
Maka Shaikh berpendapat bahawa mempelajari empat
permasaalahan yang akan di sebutkan nanti adalah wajib dan barangsiapa yang meninggalkannya
akan beroleh dosa, maknanya shaikh berpendapat bahawa meninggalkan 4 perkara
penting ini bakal mendapat dosa.
Wajib pula terbahagi kepada dua: 1. Wajib ‘Ain 2.
Wajib Kifayah.
Wajib ‘ain / fardhu ‘Ain bermakna : setiap individu
muslim mukallaf adalah di wajibkan keatasnya sesuatu hukum, seperti Sholat
fardhu lima waktu, puasa romadhon dll.
Wajib kifayah / fardhu kifayah bermakna : wajib bagi
setiap individu yang memerlukannya dan tidak bagi yang lain, seperti
perniagaan, mu’amalah, faroid dll.
As-shaikh Al-‘Alamah Ibnul Qosim rahimahullah ; apa
yang di maksudkan oleh pengarang ialah wajib ‘ain ke atas setiap individu baik
lelaki mahupun perempuan, tua atau muda, merdeka atau hamba, miskin ataupun
kaya – tidak ada uzur bagi yang jahil dengan kewajibannya, dan dalam hadis Anas
rodhiallahu ‘an, Rasulullah bersabda ; طلب العلم فريضة (menunut ilmu adalah suatu kewajiban..). Ahmad
berkata ; adalah kewajiban untuk
menuntut ilmu apa yang tertegaknya agama
dengannya.
Dan yang terpenting untuk di pelajari adalah
pengetahuan tentang agama Islam, yang mana dengan mempelajarinya menjadi sebab
untuk masuk kedalam surga, dan mensia-siakan ilmu tersebut boleh menjadi sebab
untuk masuk ke dalam neraka – waiya’uzubillah.
No comments:
Post a Comment