بسم الله الرحمن الرحيم
ان الحمد لله نحمده ونستعينه
ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا و م سيئا أعملنا من يهده الله فلا مضل له من
يضلل فلا هادي له وأشهد ان لا اله ألا الله و أشهد أن محمدا عبده ورسوله. أما بعد:
فان أصدق الحديث كتاب الله – وخير الهدي هدي محمد صلى الله عليه وسلم وان
شر الأمور محدثاتها وان كل محدثة بدعة - وكل بدعة ضلالة - وكل ضلالة في النار –
وبعد :
Sesungguhnya perkara yang paling awal yang harus di
perhatikan di dalam kita beragama ialah
membersihkan akidah dan mengikhlaskannya
kepada Allah dari segala macam kesyirikan, khurafat, bid’ah dan kesesatan yang sekarang ini menyebarluas di
tengah-tengah masyarakat, akan tetapi Allah tidak menginginkan kecuali menyempurnakan
cahayanya, dan memenangkan agamanya dan menolong tentara-tentaranya dengan
mengeluarkan kepada kita orang-orang yang memperhambakan diri mereka untuk menolong menegakkan kalimah yang haq
dan megibarkan bendera tauhid. Maka kita tdapat lihat telah banyak kitab-kitab
di perpustakaan islam tulisan-tulisan mereka yang berkijid-jilid besar membantah
akidah-akidah rosak di kalangan para mubtadi’in dan akidah-akidah sesat seperti
ahli thoriqah. Termasuk juga kitab-kitab
mereka yang sederhana dan ringkas demi supaya mudah di baca oleh semua
peringkat – baik penuntut ilmu atau selainnya – dan supaya juga mudah di hafal,
atau paling tidak di fahami dan di amalkan isi pengajarannya.
Dan di antara para ‘ulama-‘ulama yang paling tertonjol
ialah As-Shaikh Al-Imam Al-mujaddid (pembaharu) Muhammad ibn ‘Abdul Wahhab yang
merupakan pedang bagi da’wah Ahlussunnah dalam melawan segala bentuk macam
kebathilan dan kesesatan.
Dan di antara kitab-kitabnya yang bermanfaat ialah
kitab yang berada di tangan kita sekarang ini iaitu kitab الثلاثة الأصول
(tiga asas utama) yang padanya terdapat uslub yang ringkas tapi terang
dalam menerangkan rukun-rukun akidah islam yang disandarkan dengan bukti-bukti
dari al-Quran dan As-Sunnah.
Biodata ringkas As-shaikh Muhammad ibn ‘Abdul wahhab:
Beliau adalah shaikhulislam Muhammad ibn ‘Abdul Wahhab ibn Sulaiman ibn ‘Ali ibn Muhammad ibn Ahmad ibn rashid dari bani Tamim.
Di lahirkan di negeri Al-‘Inah pada tahun 1115 hijrah.
Beliau menghafal Al-Quran sebelum mencapai umur baligh iaitu dalam usia 10
tahun. Dan Allah memenganugerahkan kepadanya kefahaman yang mendalam dan
kecerdasan, dan pada tahun 1153 hijrah beliau memulakan da’wahnya menyeru
kepada Tauhid dan membenteras segala macam bentuk kesyirikan dan bid’ah.
Beliau meninggal dunia pada 1206 hijrah, semuga Allah
merahmatinya dengan rahmat yang luas dan membalasnya dengan sebaik-baik balasan
dari khidmatnya kepada islam dan kaum muslimin.
No comments:
Post a Comment