Saturday, December 10, 2011

PASAL KEDUA ; WAJIB MEMPELAJARI 3 PERSOALAN - PERSOALAN PERTAMA :

 KAJIAN KITAB الأصول الثلاثة


قال المصنف رحمه الله

إعلم  - رحمك الله – أنه يجب علي كل مسلم و مسلمة تعلم هذه السائل الثلاث 
و العمل بهن :

الألى : أنالله خلقنا ورزقنا ولم يتركنا هلملاً بل أرسل إلينا رسولا, فمن أطاعه دخل الجنة, ومن عصاه دخل النار ودليل قوله تعالى:

  ﮰ   ﮱ  ﯓ    ﯔ  ﯕ   ﯖ  ﯗ          ﯘ  ﯙ      ﯚ  ﯛ  ﯜ  ﯝ  ﯞ  ﯟ    ﯠ  ﯡ  ﯢ  ﯣ  المزمل: ١٥ - ١٦٦

Maksudnya

Pengarang berkata

Ketahuilah! - Semuga Allah merahmati kamu –sesungguhnya wajib bagi setiap muslim lelaki dan wanita untuk mempelajari tiga persoalan ini dan beramal dengannya;

Yang pertama: sesungguhnya Allah telah menciptakan kita dan memberi kita rezeki dan tidak membiarkan kita kebinggungan, malah Dia mengutuskan kepada kita seorang Rasul, barangsiapa yang mentaatinya nescaya akan masuk surga, sebaliknya barangsipa yang mengingkarinya, nescaya akan masuk Neraka (wa’iyazubilah). Dan dalilnya firman Allah yang bermaksud;

"Sesungguhnya Kami telah mengutus kepada kamu (Wahai umat Muhammad), seorang Rasul Yang menjadi saksi terhadap kamu (tentang orang Yang mematuhi atau menolak seruannya), sebagaimana Kami telah mengutus kepada Firaun seorang Rasul. Maka Firaun menderhaka kepada Rasul itu, lalu Kami menyeksakannya Dengan azab seksa Yang seberat-beratnya.” Al-Muzammil: 15-16




Keterangan:

Perkataan Pengarang: “..Ketahuilah! - Semuga Allah merahmati kamu – sesungguhnya wajib bagi setiap muslim lelaki dan wanita untuk mempelajari tiga persoalan ini dan beramal dengannya..”


Menjadi kebiasan bagi Shaikh Rahimahullah mendoakan rahmat Allah kepada para pembaca kitabnya, menunjukan sikap lembut dan kasihnya sebagai seorang pengajar. Inilah sikap yang harus ada bagi setiap da’i yang mengajak kepada Allah. Kerana hati yang keras tidak boleh di ajak dengan kekerasan juga, kerana ia akan cepat menolak sebelum dia memahami perkara yang di ajak kepadanya..ini adalah satu kerugian dalam dakwah. Hendaknya bagi para da’I memperhatikan hal ini. Nabi صلى الله عليه وسلم   besabda;

أن الرفق  لا يكون في شيء إلا زانه – ولا ينزع من شيء إلا شانه

Sesungguhnya tidaklah bersikap lembut  pada sesuatu itu kecuali menghiasinya, dan tidaklah yang terlepas dari nya (sikap lemah lembut) itu kecuali menjelekkannya’ 
[1]
إن الله رفق يحب الرفق في الأمر كل

‘sesungguhnya Allah itu Maha lembut dan menyukai sikap lembut pada setiap perkara’[2]

Dan hendaklah dalam dakwah itu kita berusaha supaya memudahkan dan jangan membuat orang lari dari dakwah disebabkan uslub dakwah kita yang jelek dan menyusahkan, sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم ;
يسروا ولا تعسروا و بشروا ولا تنفروا

‘permudahkanlah jangan mempersulitkan dan gembirakanlah jangan kamu membuat orang lari’.[3]


Perkataan pengarang : ‘..sesungguhnya Allah telah menciptakan kita dan memberi kita rezeki..’

Untuk ini Allah تعالى   berfirman ;
 
ﭡ  ﭢ     ﭣ  ﭤ  ﭥ  ﭦ  ﭧ  ﭨﭩ  ﭪ  ﭫ  ﭬﭭ  ﭮ  ﭯ    ﭰ  ﭱ  الأنعام: ٢
  
“Dia lah Yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian ia tentukan ajal (kematian kamu) dan satu ajal lagi Yang tertentu di sisiNya (iaitu masa Yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat); Dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu (tentang hari pembalasan).” Al-An’am : 2

ﯝ  ﯞ  ﯟ  ﯠ  ﯡ  ﯢ  ﯣ  ﯤ     ﯥ  ﯦ  ﯧ      ﯨ   ﯩ   ﯪ  ﯫ  ﯬ  ﯭ   الأعراف: 
“dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu..”    Al-‘araaf : 11

ﮣﮤ  ﮥ  ﮦ  ﮧ  ﮨ        ﮩ  ﮪ  ﮫ  ﮬ  ﮭ  الرعد: 
“..katakanlah: "Allah jualah Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa".” Ar-ra’d : 16

Ayat-ayat yang mulia ini membuktikan bahawa Allah-lah yang menjadikan segala sesuatu dan dialah yang memberi kita rezeki seperti firman-Nya;
 
ﮄ  ﮅ  ﮆ  ﮇ  ﮈ  ﮉ  ﮊ    ﮋ  الذاريات: ٥٨ ١٦ ١١
‘Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang mempunyai kekuasaan Yang tidak terhingga, lagi Yang Maha kuat kukuh kekuasaanNya.’ Az-Zariyaat : 58

ﯚ  ﯛ  ﯜ      ﯝ  ﯞ  ﯟ  ﯠ  ﯡ  ﯢ  ﯣ  ﯤ  ﯥ    ﯦ  ﯧ  ﯨ  ﯩ  ﯪ  ﯫ  ﯬ  ﯭ  ﯮ     ﯯﯰ   ﯱ  ﯲﯳ  ﯴ  ﯵ  ﯶ  ﯷ  يونس: 
  
“Bertanyalah kepada mereka (yang musyrik itu): "Siapakah Yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? atau siapakah Yang Menguasai pendengaran dan penglihatan? dan siapakah Yang mengeluarkan makhluk Yang hidup dari benda Yang mati, dan mengeluarkan benda Yang mati dari makhluk Yang hidup? dan siapakah pula Yang mentadbirkan urusan sekalian alam? maka mereka (yang musyrik) tetap akan menjawab (mengakui) Dengan berkata: "Allah! "Oleh itu, katakanlah: ‘maka mengapa kamu tidak mahu bertaqwa’?

Perkataan pengarang Rahimahullah; ‘..dan tidak membiarkan kita kebinggungan, malah Dia mengutuskan kepada kita seorang Rasul, barangsiapa yang mentaatinya nescaya akan masuk surga, sebaliknya barangsipa yang mengingkarinya, nescaya akan masuk Neraka (wa’iyazubilah).’

Ketahuilah, semuga Allah merahmati kami dan anda, bahawa Allah  تعالى  tidak menjadikan kehidupan ini dengan sia-sia dan membiarkan manusia kebingungan tanpa arah tujuan, bahkan Allah menjadikan manusia yang di berikan kelebihan nikmat akal dengan tujuan dan hikmah, firman Allah تعالى
 ﮮ  ﮯ  ﮰ  ﮱ  ﯓ   ﯔ  ﯕ  ﯖ  ﯗ  المؤمنون: ١١٥ ٣١
"Maka Adakah patut kamu menyangka Bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja Dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada kami?" – al-Mu’minum : 115
Dan firman-Nya lagi;
 ﮚ       ﮛ    ﮜ  ﮝ    ﮞ  ﮟ   ﮠ       ﮡ  ﮢ  ﮣ   ﮤ     ﮥ  ﮦ  ﮧ  ﮨ        ﮩ  ﮪ  ﮫ  ﮬ  القيامة: ٣٦ - ٣٨
“ Patutkah manusia menyangka, Bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?” – Al-Qiyaamah : 36-38
Inilah perbezaan manusia dengan haiwan yang tidak mempunyai tujuan hidup selain makan dan minum, maka manusia yang tidak mempunyai matlamat dan tujuan untuk apa dia di cipta adalah umpama haiwan – akan tetapi manusia di jadikan untuk diuji dan kemudian akan di balas terhadap perbuatan mereka, Allah berfirman;

 ﭛ  ﭜ   ﭝ  ﭞ  ﭟ   ﭠ   ﭡ    ﭢﭣ  ﭤ       ﭥ       ﭦ    ﭧ   الملك: ٢

“Dia lah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu Yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat);” – Al-Mulk : 2
Kemudian dengan hikmah dan kasih sayang Allah..Dia tidak membiarkan kita  kebingungan, lalu mengutuskan Rasulnya Muhammad صلى الله عليه وسلم untuk membimbing kita dan menerangkan kepada kita matlamat dan tujuan kita di ciptakan serta tatacara mendekatkan diri kepada Allah. Maka Untuk apa kita di ciptakan? Allah  تعالى  menerangkan bahawa manusia di ciptakan untuk supaya beribadah hanya kepada Allah semata-mata iaitu mengesakan Allah – inilah tujuan hidup manusia seperti firman-Nya;

 ﭻ ﭽ ﭳ   ﭴ  ﭵ  ﭶ  ﭷ  ﭸ   ﭹ  الذاريات: ٥٦

“dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” Az0-Zariaat : 56

Malah Allah apabia menjadikan manusia, memerintahkan mereka untuk beribadah kepadanya;

 ﮜ  ﮝ  ﮞ  ﮟ  ﮠ  ﮡ   ﮢ  ﮣ  ﮤ  ﮥ  ﮦ  ﮧ  البقرة: ٢١
Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu Yang telah menciptakan kamu dan orang-orang Yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.” Al-Baqorah : 21

Firman-Nya lagi; 

 ﮖ  ﮗ  ﮘ  ﮙ  ﮚ  ﮛ  ﮜ    ﮝ  ﮞﮟ 

“dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik kepada ibu bapa.”  
Al-Isra : 23

 ﮘ  ﮙ  ﮚ  ﮛ  ﮜ  ﮝ   ﮞ  ﮟ  ﮠ  ﮡ  ﮢ   ﮣ  ﮤﮥ  ﮦ  ﮧ   ﮨ  ﮩ  البينة: ٥

“pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah Dengan mengikhlaskan Ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. dan Yang demikian itulah ugama Yang benar.”  Al-Baiyinah : 5

Dan Allah  تعالى juga di samping memerintahkan supaya beribadah kepada-Nya - melarang manusia dari mempersekutukannya;

 ﮖ  ﮗ  ﮘ  ﮙ  ﮚ  ﮛ  ﮜﮝ 

“dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia Dengan sesuatu apa jua..” An-Nisa : 36

Allah تعالى   menguji manusia dengan mengutus Rasul-Nya untuk membawa perintah dan larangan untuk melihat siapakah di antara hamba-Nya yang taat dan yang engkar. Dan perintah yang paling besar adalah TAUHID – iaitu mengesakan  Allah semata-mata dalam beribadah, dan larangan yang paling besar adalah SYIRIK – memalingkan ibadah kepada selain daripada Allah..kerana perbuatan syirik membatalkan segala amal, firman Allah تعالى;
 ﮦ  ﮧ  ﮨ  ﮩ       ﮪ  ﮫ  ﮬ  ﮭ  ﮮﮯ  ﮰ  ﮱ  ﯓ  ﯔ  ﯕ  ﯖ               ﯗ  ﯘ  الأنعام: ٨٨
  
“Yang demikian itu ialah petunjuk Allah, Yang dengannya ia memimpin sesiapa Yang dihendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kalau mereka sekutukan (Allah Dengan sesuatu Yang lain) nescaya gugurlah dari mereka, apa Yang mereka telah lakukan (dari amal-amal Yang baik).” Al-An’am : 88

Firman-Nya lagi;
 ﭻ ﭽ ﮢ  ﮣ  ﮤ  ﮥ   ﮦ  ﮧ  ﮨ    ﮩ  ﮪ  ﮫ   ﮬ  ﮭ  ﮮﮯ  ﮰ  ﮱ  ﯓ  ﯔ  ﯕ  ﯖ      ﯗ   ﯘ  النساء: ٤٨

“ Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa Yang lain dari itu bagi sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). dan sesiapa Yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain), maka Sesungguhnya ia telah melakukan dosa Yang besar.”  An-Nisa : 48

Maka hendaknya para da’i mengajak kepada mempelajari dan memperhatikan kepada 2 asas perintah dan larangan di dalam Agama yang mulia ini, iaitu TAUHID DAN SYIRIK.

Perkataan Pengarang rahimhullah; ‘..barangsiapa yang mentaatinya masuk Surga..’

Untuk ini Allah berfirman; 

 ﯖ  ﯗ  ﯘﯙ  ﯚ  ﯛ  ﯜ  ﯝ   ﯞ  ﯟ  ﯠ  ﯡ  ﯢ  ﯣ     ﯤ  ﯥﯦ  ﯧ  ﯨ  ﯩ  ﯪ   النساء: ١٣
  
“Segala hukum Yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah. dan sesiapa Yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke Dalam syurga Yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan Yang amat besar.” An-Nisa : 13

ﯹ   ﯺ  ﯻ  ﯼ         ﯽ  ﯾ  ﯿ  ﰀ  ﰁ  ﰂ     ﰃ  النور: ٥٢
“dan sesiapa Yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang Yang beroleh kemenangan. An-Nur : 52

Firman-Nya lagi;

 ﭾ  ﭿ  ﮀ  ﮁﮂ  ﮃ  ﮄ  ﮅ  ﮆ  ﮇ  ﮈ   ﮉ  ﮊ  آل عمران: ٣٢
“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang kafir.” – Al-‘Imran : 32

Oleh itu Rasulullah صلى الله عليه وسلم di utuskan kepada sekalian alam adalah untuk di taati, iaitu melakukan segala perintah dan meninggalkan segala larangan. Rasulullah di utuskan bukanlah hanya sekadar menjadi pemimpin yang di agungkan dan di sanjung sebagaimana kebanyakan pemimpin hari ini, akan tetapi Allah تعالى menjadikan beliau model/qudwah yang sempurna untuk dijadikan ikutan bagi manusia. Firman Allah تعالى

 ﯯ  ﯰ        ﯱ  ﯲ  ﯳ  ﯴ  ﯵ   ﯶ  ﯷ     ﯸ         ﯹ  ﯺ  ﯻ  ﯼ                 ﯽ  ﯾ  ﯿ          ﰀ   الأحزاب: ٢١
  
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” – Al-Ahzab : 21
Maka yang di katakan pengikut Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم itu bukan mereka yang sekadar mengagungkan dan menyanjunginya dengan  pujian-pujian.. akan tetapi wajib bagi mereka menjalankan segala perintahnya dan meninggalkan segala yang di larang serta mencontohi segenap aspek kehidupan beragama dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah. Allah  تعالى berfirman;

 ﭮ  ﭯ  ﭰ             ﭱ  ﭲ   ﭳ  ﭴ   ﭵ  ﭶ  ﭷ    ﭸﭹ  ﭺ  ﭻ  ﭼ   ﭽ  آل عمران: ٣١ 
  
“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” – ALI-‘Imran : 31

Perkataan Pengarang رحمه الله  ; “..barangsiapa yang mendurhakai kepadanya masuk Neraka..”

Untuk ini Allah berfirman;

 ﯫ  ﯬ  ﯭ  ﯮ  ﯯ  ﯰ  ﯱ    ﯲ  ﯳ  ﯴ  ﯵ  ﯶ  ﯷ  ﯸ   النساء: ١٤
  
“dan sesiapa Yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke Dalam api neraka, kekalah Dia di dalamnya, dan baginya azab seksa Yang amat menghina.” An-Nisa : 14

 ﭑ  ﭒ         ﭓ  ﭔ    ﭕ  ﭖ  ﭗ  ﭘ  ﭙ  ﭚ  ﭛ  ﭜ   ﭝ  ﭞ  ﭟ  ﭠﭡ  ﭢ  ﭣ  ﭤ  ﭥ  ﭦ    ﭧ  ﭨ     ﭩ  ﭪ  الأحزاب: ٣٦
  
“dan tidaklah harus bagi orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. dan sesiapa Yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka Sesungguhnya ia telah sesat Dengan kesesatan Yang jelas nyata.” – Al-Ahzab : 36

 ﮰ  ﮱ    ﯓ  ﯔ  ﯕ  ﯖ  ﯗ      ﯘ   ﯙ  ﯚ  ﯛ  ﯜ  الجن: ٢٣
  
"(Aku diberi kuasa) hanya menyampaikan (wahyu) dari Allah dan perintah-perintahNya (yang ditugaskan kepadaKu menyampaikannya); dan sesiapa Yang menderhaka kepada Allah dan ingkarkan bawaan RasulNya, maka Sesungguhnya disediakan baginya neraka Jahannam; kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya.". – Al-Jin : 23

semuga Allah menjadikan kita di kalangan orang yang mentaati perintahnya dan meninggalkan segala larangannya dan menjauhkan kita dari menjadi di kalangan orang mendurhakainya. Ameen.



[1] Dari Hadith ‘Aishah radhiallahu ‘anha, HR Muslim (2004/4)
[2] Hadith ‘Aishah radhiallahu ‘anha, HR Al-Bukhori (2539/6) dan Muslim (1706/4)
[3] Hadith Anas rashiallahu ‘anhu, HR Al-Bukhori (38/1) dan Muslim (1359/3) dan ini adalah lafaz al-Bukhori.

No comments: