Friday, December 16, 2011

PERSOALAN KEDUA YANG WAJIB DI PELAJARI OLEH SETIAP MUSLIM..



kajian kitab الأصول الثلاثة

قال مصنف رحمه الله تعالى

الثانية : أن الله لا يرضى أن يشرك معه في عبادته أحد – لا ملك مقرب ولا نبي مرسل – والدليل قوله تعالى : 


ﭷ   ﭸ  ﭹ  ﭺ  ﭻ  ﭼ  ﭽ  ﭾ  ﭿ  الجن: ١٨  


 Maksudnya:


 Pengarang رحمه الله berkata:
Yang Kedua: Bahawa sesungguhnya Allah tidak rela untuk Dia di sekutukan dengan sesiapa pun, tidak oleh Malaikat yang dekat dengan Allah, mahupun Nabi yang di utuskan,  dalilnya firman Allah تعالى  :
    

"Dan Bahawa Sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (Ibadat kepada) Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun            bersama-sama Allah. – Al-Jin:18

Keterangan: 


IBADAH ADALAH HAK ALLAH SEMATA-MATA


Persoalan kedua ini mempunyai hubungan dengan persoalan yang pertama, di mana di jelaskan  bahawa Allah-lah  yang semata-mata menciptakan kita dengan sebaik-baik penciptaan dan hanya dia yang memberi kita rezeki, maka untuk itu wajib bagi kita untuk beribadah hanya kepada Allah semata-mata dan wajib bagi kita untuk berittiba’ (mengikuti) Rasulullah semata-mata – ini adalah makna tuntutan terhadap kalimah syahadah -  أن لا إله إلا الله و محمد رسول الله (bahawa tiada sesembahan yang berhak di ibadahi melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu pesuruh Allah.



 Apabila kita telah bersaksi bahawa hanya Allah sahaja yang mempunyi hak dalam mencipta, menghidupkan, mematikan, memberi rezeki serta yang mentadbirkan alam ini, lalu untuk itu - hanya Allah-lah sahaja yang berhak di sembah,,!,

Maka dalam persoalan yang kedua ni, Pengarang رحمه الله  ingin menegaskan bahawa Allah tidak rela jika dia di sekutukan dengan sesuatu apapun dalam beribadah. Kemudian Shaikh رحمه الله  berdalil dengan firman Allah تعالى   ;

"Dan Bahawa Sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (Ibadat kepada) Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama Allah. – Al-Jin:18

Dalam ayat ini Allah melarang hamba-hamba-Nya daripada berdoa atau menyeru kepada selain Allah bersama-Nya, maknanya di samping kita berdoa meminta kepada Allah..kita juga berdoa meminta kepada makhluk, inilah yang di namakan SYIRIK atau PENYEKUTUAN terhadap Allah. Allah سبحانه وتعالى tidak melarang sesuatu kecuali pasti Dia tidak redho dengan perkara tersebut, oleh itu benarlah sebagaimana yang di katakan oleh Pengarang رحمه الله  bahawa Allah تعالى tidak redho jika Dia di sekutukan dengan sesuatu..tidak dengan Malaikat yang dekat kepada Allah تعالى semisal Jibril mahupun Nabi-nabi yang diutus yang semestinya paling di dekat kedudukannya disisi Allah تعالى , bagaimana dengan selain mereka?.

MEMBANTAH SYUBAHAT PEMUJA KUBURAN

Perkataan Pengarang:  “..tidak dengan Malaikat yang dekat kepada Allah تعالى , dan tidak juga dengan Nabi yang di utus..”

Shaikh Sholih Fauzan حفظه الله  di dalam syarahnya berkata; ‘..maka Allah تعالى tidak redho jika seseorang menpersekutukannya dengan sesuatu walaupun dari kalangan Malaikat yang dekat kepada Allah تعالى  mahupun kalangan Nabi, maka bagaimana yang selain mereka dari kalangan para wali Allah dan orang sholih..maka selain malikat dan Nabi adalah lebih tidak di redhoi oleh Allah atas kesyirikan mereka dalam beribadah.

Hal ini juga membantah orang-orang yang menyangka bahawa mereka boleh mengambil orang-orang sholih dan para Wali Allah تعالى yang telah meninggal dunia) untuk  mereka jadikan ‘orang tengah’ bagi mendekatkan antara mereka  dan Allah تعالى , sebagaimana Allah تعالى  membantah mereka di dalam al-Quran yang mengisahkan tentang perbuatan orang-orang musyrikin dahulu;


“Ingatlah! (hak Yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah Segala Ibadat dan bawaan Yang suci bersih (dari Segala rupa syirik). dan orang-orang musyrik Yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi Pelindung dan Penolong (sambil berkata): "Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan Kami kepada Allah sehampir-hampirnya..", -– Az-Zumar : 3

Memang  mereka (pemuja kubur) ber’itiqod bahawa  mereka (para sholihin dan Wali Allah) tidak mencipta dan tidak juga memberi rezeki, tidak menghidupkan yang mati dan mematikan yang hidup, akan tetapi mereka hanya bermaksud menjadikan mereka sebagai ‘orang perantaraan’ dengan Allah, lalu Allah تعالى membantah mereka dalam ayat yang seterusnya;

“..Sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang Yang tidak melakukan syirik) tentang apa Yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang Yang tetap berdusta (mengatakan Yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik).”              Az-Zumar : 3

Harus kita fahami bahawa  di dalam beribadah - Allah tidak menginginkan di antara Dia dan hambanya ada perantaraan, maknanya, apabila kita meminta sesuatu hajat mintalah terus keada Allah تعالى bukan kepada makhluq seperti orang-orang ynag meminta hajat kepada kuburan orang-orang sholih. Untuk ini Shaikhul Islam رحمه الله berkata;

"Dan hal ini merupakan perkara yang disepakati oleh seluruh pemeluk agama dari kalangan kaum muslimin, yahudi, dan nashrani, mereka menetapkan adanya perantara antara Allah dengan hamba-hambaNya. Perantara-perantara tersebut adalah para Rasul yang mereka menyampaikan dari Allah perintah Allah dan khabar dari Allah…."
 

Beliau juga berkata, "Adapun jika yang dimaksudkan dengan perantara adalah bahwasanya harus ada perantara dalam mendatangkan manfaat-manfaat dan menolak kemudorotan, seperti perantara dalam mendatangkan rizki para hamba, dan pertolongan kepada mereka dan hidayah untuk mereka, yang mereka meminta hal-hal tersebut kepada perantara ini dan mengharap kepada perantara ini maka ini merupakan kesyirikan yang paling besar yang karena kesyirikan inilah Allah mengkafirkan kaum musyrikin (Arab), dimana mereka menjadikan selain Allah sebagai penolong-penolong mereka dan para pemberi syafaat kepada mereka" (Majmuu' al-Fataawaa 1/122-123). Adapun perkataan Muhammad bin Abdil Wahhaab yang semakna dengan ini maka bisa dibaca di risalah beliau "Kasyf Asy-Syubhaat"

SYIRIK MEMBATALKAN SELURUH AMALAN

Dalam persoalan yang kedua ini, Shaikh رحمه الله  ingin menegaskan bahawa sesungguhnya sesuatu amalan tidak di terima sebagai ibadah jika di campuri dengan syirik, kerana semestinya ibadah itu di lakukan hanya mengharapkan wajah Allah تعالى.
Barangsiapa yang menyembah Allah تعالى dan di dalam masa yang sama dia juga menyembah selain-Nya – maka ibdahnya terbatal tidak di terima, kerana ibadah itu tidak bermanfaat kecuali dengan IKHLAS dan TAUHID, jika di campuri dengan SYIRIK maka rosaklah TAUHIDnya, sebagaimana firman Allah تعالى ;

“dan Sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (Wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi Yang terdahulu daripadamu: "Demi sesungguhnya! jika Engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu Yang lain Dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan Engkau akan tetap menjadi dari orang-orang Yang rugi.” Az-Zumar : 65

Dan firman-Nya lagi;


“Yang demikian itu ialah petunjuk Allah, Yang dengannya ia memimpin sesiapa Yang dihendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kalau mereka sekutukan (Allah Dengan sesuatu Yang lain) nescaya gugurlah dari mereka, apa Yang mereka telah lakukan (dari amal-amal Yang baik).” Al-an’am : 88

Oleh itu IBADAH tidak di namakan IBADAH kecuali jika berserta dengan TAUHID. Oleh kerana itu Allah تعالى   bila memerintahkan TAUHID, Dia juga akan melarang kepada SYIRIK..perhatikan firman Allah تعالى;

“ dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia Dengan sesuatu apa jua..” An-Nisa : 36

Dan firman-Nya lagi;

“dan Sesungguhnya Kami telah mengutus Dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut..“ An-Nahl : 36

Dan firman-Nya lagi;


“ tidak ada paksaan Dalam ugama (Islam), kerana Sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). oleh itu, sesiapa Yang kufur kepada Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka Sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) Yang teguh Yang tidak akan putus. dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.” Al-Baqoroh : 256

Dan cermatilah makna tuntutan 2 kalimah syahadah لا إله إلا الله   yang di dalamnya mengandungi 2 tuntutan penting iaitu إثبات   (penetapan : ibadah itu hanya milik Allah ) dan نفي   (penafian : menafikan ibadah kepada selain dari Allah). Perhatikan firman Allah تعالى ;

“Tuhan kamu telah memutuskan bahawa janganlah kamu menyembah kecuali Dia semata-mata” – 
Al-Isra : 23


 “Dan kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun kecuali kami wahyukan kepadanya; ‘Bahawa sesunguhnya tiada tuhan (yang berhak di sembah) melainkan AKU, oleh itu sembahlah AKU.” – Al-Anbiya : 25

Dan firman-Nya lagi;


 "..Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut..“ An-Nahl : 36

Oleh yang demikian wahai saudaraku seiman, sesungguhnya IMAN  itu tidak cukup sekadar menetapkan keesaan Allah semata-mata, akan tetapi wajib di sertai dengan mengkufuri sesembahan selain Allah.  Sangat di sayangkan hari ini - di keranakan kita jauh dari Dakwah TAUHID – ramai yang tidak menyedari bahawa mereka terjebak dengan gejala SYIRIK ini. Berapa ramai lagi orang islam kita yang memakaikan  tangkal untuk anak-anak kecil mereka, tidak kurang juga yang pergi ke bomoh hujan untuk menahan hujan, masih ada lagi yang bernazar dan menyembelih haiwan sembahan di kubur-kubur, tak kurang juga yang menyembelih haiwan untuk  jin penunggu ketika membuka tanah hutan dan berbagai macam kesyirikan yang berlaku di dalam rumah kita sendiri.
Oleh itu hendaklah kita kembali kepada dakwah TAUHID yang kerananya di utuskan para Nabi, iaitu untuk menyeru manusia supaya kembali mengesakan Allah dalam beribadah.

Wallahu’alam.

No comments: