Masaalah 010 : Berkaitan dengan Niat
BARANGSIAPA YANG BERNIAT PUASA KEMUDIAN TIDAK SEDARKAN DIRI ( PENGSAN )
JAWABAN :
1. Jika tidak sedarkan diri sepanjang hari – TIDAK SAH PUASANYA DAN
WAJIB QODHO PUASA.
2. Jika sedar di sebahagian hari – SAH PUASANYA.
Perbahasan Fiqhiyyah:
Mazhab Ahmad dan Asy-Syaafi'I dan tarjiih Shaikhul Islam Ibn Taimiyyah dan Ibn Qudamah rahimahumullah - Tidak sah puasa orang yang pengsan sepanjang hari. Ibn Qudamah berdalil dengan hadith qudsi;
يدع طعامه و شرابه و شهوته من أجلي
Kemudian dia berkata : 'Di sandarkan meninggalkan makanan dan minuman dan syahwat kepada Allah, maka orang yang tak sedarkan diri tidak di katakan dia meninggalkan semua itu kerana Allah ( lantaran tak sedarkan diri – pent ), dan kerana Niat adalah salah satu dari rukum puasa, tidak sah hanya dengan niat tanpa imsak ( menahan diri dari perkara membatalkan puasa ) dengan niat kerana Allah ( Orang yang pengsan bukan meninggalkan makan dan minum kerana Allah, tetrapi kerana tidak sedarkan diri - pent).
Adapun qodho puasa – Jumhur 'Ulama mewajibkannya, kerana dia masih di kira mukallaf ( terbeban dengan hukum ) dan kerana pengsan adalah termasuk jenis penyakit – maka Allah تعالى berfirman, bermaksud :
[ lihat : المحلى (365/4) – Ibn Qudamah menukilkan ijma', tetapi yang
benar wujud khilaf sebagaimana di sebut di الإنصاف ]
Adapun jika dia tersedar di pertengahan hari – Hanabilah dan juga salah satu pendapat Imam Asy-Syaafi'I serta Tarjiih Ibn Taimiyyah رحمهم الله – bahawa puasanya Sah berdalil dengan hadith qudsi yang terdahulu;
يدع طعامه و شرابه و شهوته من أجلي
Berkata Ibn Taimiyyah رحمه الله sebagaimana di syarah 'Umdah: '..dan imsak tidaklah kecuali harus dalam keadaan berakal/sedar, tapi tidak menjadi syarat imsak harus sepanjang hari, bahkan cukup dia mendapatkan sebahagian darinya, kerana ia termasuk dalam umum firman Allah ( hadith qudsi ) : 'ia meninggalkan makanan, minuman dan syahwatnya demi keranaKU'
[ lihat المغني (12/3), الشرح الممتع (365/6), الإنصاف (264/3), شرح كتاب
الصيام (48/1) : / Faedah dari kitab إتحاف الأنام بأحكام ومسائل الصيام
) ( oleh As-Shaikh Muhammad Ibn Hizam Al-Ba'dani Al-Yemeniy
--
<http://groups.yahoo.com/group/AT-TAZKYR_SALAFYY/>

Apakah yang diperbuat musuh padaku !!!!
Aku, taman dan dikebunku ada dalam dadaku
Kemanapun ku pergi, ia selalu bersamaku
dan tiada pernah tinggalkan aku.
Aku, terpenjaraku adalah khalwat
kematianku adalah mati syahid
Terusirku dari negeriku adalah rekreasi
ibn Taimiyyah rahimahullah

'ia meninggalkan makanan, minuman dan syahwatnya demi keranaKU'

"Puasa Yang Diwajibkan itu ialah beberapa hari Yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu Yang sakit, atau Dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari Yang dibuka) itu pada hari-hari Yang lain.." Al-baqorah : 184
[ lihat : المحلى (365/4) – Ibn Qudamah menukilkan ijma', tetapi yang
benar wujud khilaf sebagaimana di sebut di الإنصاف ]
Adapun jika dia tersedar di pertengahan hari – Hanabilah dan juga salah satu pendapat Imam Asy-Syaafi'I serta Tarjiih Ibn Taimiyyah رحمهم الله – bahawa puasanya Sah berdalil dengan hadith qudsi yang terdahulu;
يدع طعامه و شرابه و شهوته من أجلي
'ia meninggalkan makanan, minuman dan syahwatnya demi keranaKU'
Berkata Ibn Taimiyyah رحمه الله sebagaimana di syarah 'Umdah: '..dan imsak tidaklah kecuali harus dalam keadaan berakal/sedar, tapi tidak menjadi syarat imsak harus sepanjang hari, bahkan cukup dia mendapatkan sebahagian darinya, kerana ia termasuk dalam umum firman Allah ( hadith qudsi ) : 'ia meninggalkan makanan, minuman dan syahwatnya demi keranaKU'
[ lihat المغني (12/3), الشرح الممتع (365/6), الإنصاف (264/3), شرح كتاب
الصيام (48/1) : / Faedah dari kitab إتحاف الأنام بأحكام ومسائل الصيام
) ( oleh As-Shaikh Muhammad Ibn Hizam Al-Ba'dani Al-Yemeniy
--
<http://groups.yahoo.com/group/AT-TAZKYR_SALAFYY/>
<http://groups.yahoo.com/group/AT-TAZKYR_SALAFYY/>
Apakah yang diperbuat musuh padaku !!!!
Aku, taman dan dikebunku ada dalam dadaku
Kemanapun ku pergi, ia selalu bersamaku
dan tiada pernah tinggalkan aku.
Aku, terpenjaraku adalah khalwat
kematianku adalah mati syahid
Terusirku dari negeriku adalah rekreasi
ibn Taimiyyah rahimahullah
No comments:
Post a Comment