Soalan 006:
APAKAH WAJIB UNTUK NIAT SETIAP HARI RAMODHON ATAU CUKUP SEKADAR SEKALI BERNIAT BAGI BULAN RAMODHON?
JAWABAN : CUKUP NIAT SEKALI DI AWAL RAMODHON - selagi tidak terputus puasanya dengan sebab uzur, jika terputus maka harus baginya memperbahurui niatnya semula – Tarjiih: Shailkul Islam dan Al-'Utsaimin rahimahumullah – khilaf jumhur.
Perbahasan fiqh:
Pendapat Jumhur di antaranya Imam Ahmad dan masyhur darinya, Imam As-Syafi'I dan Abu Hanifah dan riwayat dari Ishak - wajib berniat bagi setiap hari – sebabnya adalah kerana setiap hari Romadhon itu adalah ibadah yang berasingan, tidak merosak satu amalan dengan amalan yang lain dan kerana itu juga – tidak rosak puasa di hari Ahad dengan rosakkannya puasa di hari isnin. Mereka berdalil dengan keumuman hadith Hafsah, bahawa Nabi صلى الله عليه و سلم bersabda;
من لم يجمع الصيام قبل الفجر, فلا صيام له
'Barang siapa yang tidak berniat puasa sebelum datang waktu fajar,
maka tiada puasa baginya'
[ Dikeluarkan oleh Abu Daud (2404), Tirmidzi (730), An-nasai (196/4), ibn Mjah (1700) di sahihkan oleh Al-Bani di shahih Al-jaami' (6538) ]
Pendapat kedua : Bahawa romadhon dan apa yang mengikutinya dengan apa-apa yang di syaratkan dengannya saling mengikuti (dari hari pertama hingga akhir romadhon) – cukup dengan niat di awalnya selagi mana tidak terputus ibadah puasanya atas sebab uzur. Apabila terputus wajib baginya untuk mengulangi kembali niatnya. Ini adalah atas keumuman dalil hadith 'Umar (( إنما الأعمال بالنيات )) dan juga kerana Puasa Romadhon adalah suatu ibadah yang satu maka niatnya juga satu.
Shaikhul Islam berkata: 'keadaannya (ibadah) yang rosak mengkhususkan dengan sebahagiannya jika bertemu.. tidak tercegah dari keadaannya itu sebagai satu ibadah, seperti haji, kerana haji merangkumi ibadah ihram, tawaf, wukuf di arafah dan sa'ie, kemudian rosaknya sebahagian dari ibadah haji ini tidak tidak merosakkan sebahagian ibadah yang lain – kerana ia adalah suatu ibadah. Selesai
Maka begitu juga dengan puasa sebulan Romadhon..dari hari pertama hingga ke hari terakhir adalah satu ibadah.
Ini adalah pedapat Imam Malik, riwayat dari Ahmad yang di bantu oleh ibn 'aqil dan riwayat dari Ishaq. Pendapat ini di pilih oleh Shaikhul Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah dan Ibn 'Utsaimin رحمه الله. Inilah yang rojih wallahu'alam.
Sinopsis :
· Pendapat jumhur dalam masaalah ini tidak menggangap bahawa Puasa sebulan Romadhon itu bukanlah ibadah yang satu, bahkan ia adalah ibadah yang berasingan, maka jika ibadah yang berasingan – niatnya juga berasingan.
· Pendapat kedua pula sebaliknya.
· Faedah: maka dari gambaran pendapat pertama, jika seseorang yang tertidur dari sebelum maghrib hingga terbit fajar keesokkan hari – tidak sah puasanya pada hari itu. Manakala Pendapat kedua – sah.
· Faedah : lafaz niat ((nawaitu shaumma ghodin..)) bid'ah, kerana niat adalah urusan hati.
Apakah yang diperbuat musuh padaku !!!!Aku, taman dan dikebunku ada dalam dadakuKemanapun ku pergi, ia selalu bersamakudan tiada pernah tinggalkan aku.Aku, terpenjaraku adalah khalwatkematianku adalah mati syahidTerusirku dari negeriku adalah rekreasi
ibn Taimiyyah rahimahullah
No comments:
Post a Comment