Monday, July 18, 2011

INDAHNYA MANHAJ AHLUSSUNNAH BAGI YANG BERAKAL UNTUK MEMPERHATIKAN

ﭪ  ﭫ  ﭬ  ﭭ  ﭮ    ﭯ  ﭰ  ﭱ  ﭲ  ﭳ  ﭴ  ﭵ  ﭷ   ﭸ  ﭹ  ﭺ  ﭻ       ﭼ  ﭽ  ﭾ  ﭿ  ﮀ  ﮁ     ﮂ  ﮃ  ﮄ  ﮅ البقرة: ١٤٣

"dan Demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan Yang lurus), Kami jadikan kamu (Wahai umat Muhammad) satu umat Yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang Yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang Yang benar dan Yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang Yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat Yang Engkau mengadapnya dahulu itu (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah Yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula Yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya)..' Al-baqarah : 143


USUL DIMANA AHLUSUNNAH BERADA DI PERTENGAHAN ANTARA FIRQAH-FIRQAH UMMAT.

USUL PERTAMA: MASAALAH ASMA WAS SIFAT

AHLUSSUNNAH pertengahan di antara AHLUL TA'THIIL dan AHLUT TASYBIIH.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
AHLUL TA'THIIL    –  Menafikan Sifat Allah.
AHLUT TASYBIIH  – Menetapkannya di samping menyerupakannya dengan makhluq.
AHLUSSUNNAH    – Menetapkannya tanpa Tasybiih dan Tamtsiil
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

USUL KEDUA : MASAALAH QODHO DAN QODAR

ASLUSSUNNAH pertengahan antara  JABBARIYAH dan QODARIYYAH

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
JABBARIYAH    -    Menetapkan Qodho Allah pada perbuatan manusia dan mengatakan sesungguhnya manusia itu di paksa ( dalam perbuatannya ) dan tidak ada bagi mereka pilihan dan kudrat.
QODARIYYAH   -     Menafikan Qodho Allah atas manusia dengan mengatakan sesungguhnya manusia itu bebas dan berupaya membuat pilihan sendiri tanpa bergantung dengan Qodho Allah atas perbuatannya.
AHLUSSUNNAH  -  Menetapkan Qodho Allah atas perbuatan manusia. Mereka berkata sesungguhnya manusia bebas dan berupaya membuat pilihan yang telah Allah titipkan atas mereka bergantung kepada Qodho Allah.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


USUL KETIGA : MASAALAH ANCAMAN AZAB

AHLUSSUNNAH pertengahan antara MURJIAH dan WA'IDIYYAH ( KHOWARIJ)
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
WA'IDIYYAH    -      Pelaku dosa-dosa besar kekal di dalam neraka.
MURJIAH          -     Mereka tidak masuk kedalam neraka dan tidak layak bagi mereka.
AHLUSSUNNAH  -  Mereka layak untuk masuk neraka tanpa kekal di dalamnya.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


USUL KEEMPAT :  NAMA-NAMA IMAN DAN AGAMA

AHLUSSUNNAH pertengahan antara MURJIAH dari satu sisi dan MU'TAZILLAH DAN HURURIYYAH dari satu sisi.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MURJIAH     -  menamakan bagi pelaku Dosa-dosa Besar sebagai mukmin yang mempunyai Iman yang sempurna.
MU'TAZILAH DAN HURURIYAH (KHOWARIJ)  -  Menamakan mereka sebagai orang bukan Islam, tetapi Mu'tazilah mengatakan bahawa mereka tidak Mukmin tidak juga Kafir  berada di tempat antara dua tempat dan hururiyyah mengatakan Kafir.
AHLUSSUNNAH  -   mengatakan bahawa mereka Mukmin yang kurang iman atau Mukmin dengan keimanannya dan fasiq dengan kefasiqannya.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

USUL KELIMA :  SAHABAT-SAHABAT NABI

AHLUSSUNNAH  Pertengahan antara SYIAH ROWAAFID dan KHOWAARIJ.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SYIAH ROWAAFID   -  Ghulu ( Perbuatan berlebihan ) dalam menyintai Ahlul Bait ( keluarga Nabi ) sehinnga meletakan mereka di atas tempat yang semestinya.
KHOWAARIJ             -  Membenci dan mencerca mereka
AHLUSSUNNAH       -  Menyintai semua para sahabat Nabi صلى الله عليه وسلم   dan meletakan setiap dari mereka di tempat yang layak bgi mereka tanpa melebih dan mengurangkan.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

[ Faedah dari kitab Ta'liqats 'alal 'aqidah al wasathiyyah oleh Shaikh A'-'Utsaimin rahimahullah askanahu fil jannah.]

--

Apakah yang diperbuat musuh padaku !!!!
Aku, taman dan dikebunku ada dalam dadaku
Kemanapun ku pergi, ia selalu bersamaku
dan tiada pernah tinggalkan aku.
     Aku, terpenjaraku adalah khalwat
kematianku adalah mati syahid
Terusirku dari negeriku adalah rekreasi

ibn Taimiyyah rahimahullah


No comments: