Masaalah 009:
JIKA SESEORANG BERNIAT BERBUKA ( sekadar niat ) SEDANGKAN DIA BERPUASA.
JAWABAN : Batal puasanya.
Perbahasan fiqh :
Pendapat pertama : Masyhur di dalam mazhab Malikiyah dan Hanabilah dan ini adalah pendapat Az-zhohiriyyah, Al-Fairuz Aabaadi dan Al-Baghowiy dan selainnya dari kalangan Asy-Syafi’iyyah - bahawa berniat membatalkan puasa (berbuka) walau tanpa mengambil sesuatu ( yang membatalkan puasanya seperti makan dan minum) membatalkan puasa. Mereka berdalil seperti yang berikut:
1. Hadith ‘Umar;
إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى
‘sesungguhnya segala perbuatan itu dengan Niat, dan sesungguhnya seseorang itu mendapat apa yang dia niatkan’ [ riwayat Al-Bukhory dan Muslim ]
2. Mereka berhujah bahawa niat itu syarat bagi seluruh (sepanjang waktu) berpuasa, jika terputus niatnya di pertengahan waktu berpuasa pada hari itu, maka baki dari hari tersebut ( tanpa niat ) terbatal. Maka jika terbatal sebahagian dari hari tersebut maka terbatallah sepanjang hari tersebut, kerana puasa ( dalam satu hari ) itu tidak berpisah-pisah.
Pendapat kedua : Ini adalah pendapat Al-Hanafiyyah, kebanyakan pengikut mazhab Asy-Syaafi’iyyah telah berpendapat bahawa sesungguhnya orang yang berpuasa tidak menbatalkan puasanya hanya dengan niat. Al-Haafiyyah berhujah bahawa dengan hanya berniat tidak ada boleh di ambil kira dalam hukum syari’at selagi mana tidak melakukannya dengan perbuatan, dalil mereka;
1. sebagaimana sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم ;
إن الله تجاوز عن أمتي ما لم حدثت به أنفسها ما لم تعمل أو تتكلم
‘sesungguhnya Allah mengampunkan dari umatku apa yang sekadar berlaku di dalam hatinya selagi ia tidak melakukannya atau mengucapkannya’ [ muttafaq ‘alaih dari Abi Hurairah ]
Pendapat yang roojih ( terpilih ) adalah pendapat yang pertama, dan ia juga adalah tarjiih ( pilihan pendapat ) Ibn qudamah dan shaikh As-Sa’diy serta shaikh Ibn ‘Utsaimin dan shaikh Sholih As-Sadlan rahimahummullah.
Adapun jawab bagi dalil mereka yang pertama;
Sesungguhnya kehendak dan azam adalah amalan hati, apabila dia berazam atas menolak/mengingkari niat puasa, maka dia telah mendatangkan niat yang menyambungkannya dengan hati.
Dan maksud hadith ( hadith Abi Huraira ) tersebut ialah nafsu/hati yang tidak di iringi dengan azam di maafkan, adapun jika di iringi dengan azam dan keinginan yang kuat terhadap perbuatan itu, walaupun tidak terjadi, telah di sediakan ganjaran dan balasan firman Allah تعالى ;
ﭽ ﭬ ﭭ ﭮ ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ ﭳ ﭴ ﭼ الحج: ٢٥
“..dan sesiapa Yang berazam melakukan di situ sebarang perbuatan Yang di larang Dengan cara Yang zalim, Kami akan merasakannya azab Yang tidak terperi sakitnya”. Al-Hajj : 25
Dan hadith Abi Bakrah رضى الله عنه ;
القاتل و المقتول في النار قالوا يا رسول الله هذا القاتل فما بال المقتول؟ قال إنه كان حريصا على قتل صاحبه
‘pembunuh dan yang di bunuh masuk Neraka. Kami berkata wahai Rasulullah, pembunuh ini ( memang pantas masuk Neraka ) tapi bagaimana dengan yang di bunuh ( mengapa dia juga masuk kfe Neraka )..? baginda menjawab; sesungguhnya dia juga sangat ingin membunuh temannya..!’ [ muttafaq ‘alaih ]
[ Faedah ini di nukil dari kitab إتحاف الأنام بأحكام ومسائل الصيام ) ( oleh As-Shaikh Muhammad Ibn Hizam Al-Ba’dani Al-Yemeniy / lihat : النية و أثرها في الأحكام الشرعية – للسدلان (21-18/2), المغني (23/3), الشرح الممتع (376/6), غتاوى رمضان (175/1) جمع أشرف, المحلى (732) ]
1 comment:
barokallhufik ya abal khoyr wa jazakummullahu khoyra
Post a Comment