Soalan : JIKA PENDUDUK SUATU NEGERI TELAH MELIHAT HILAL (DI NEGERINYA), APAKAH MELAZIMKAN UNTUK SEMUA NEGERI BERPUASA?
Para 'Ulama telah berselisih dalam hal ini sehingga hampir kepada lapan pendapat (aqwal) sebagaimana yang di jelaskan oleh As-Shaikh Shiddique Hasan khan di kitabnya Raudhah An-Nadiah (224/1).
Imam Ash-Syaukani pula telah membuat sebuah risalah yang di namakan إطلاع أرباب الكمال على ما فيه رسالة الجلال في الهلال من الإختلال (kajian pemilik yang sempurna keatas apa yang terdapat di dalam risalah الهلال من الإختلال).
Di antara mazhab ini terdapat tiga pendapat yang paling kuat;
Pendapat yang pertama : Melazimkan setiap negeri yang lain berpuasa.
Ia adalah pendapat Imam Malik, Imam As-Syafi’i, Imam Ahmad, laith dan selain mereka, dan juga merupakan tarjih (pemilihan pendapat) para muhaqqiqin (pengkaji) seperti Shaikhul Islam Ibn Tamiyyah sebagaimana di ‘Majmu’il fatawa, Imam As-Syaukani dan Shiddique Hasan Khan, Shaikhul muhaddhits Nasiruddin Al-Albani dan Shaikh Bin Baz rahimahumullah ajma’in.
Mereka berdalil dengan hadith Nabi صلى الله عليه وسلم :
صوموا لرؤيته وأفطروا لرؤيته
‘berpuasalah kamu dengan rukyahnya, dan berbukalah dengan rukyahnya’
Berkata Imam AS-Syaukani rahimmahullah; ‘dan ini tidak terhad kepada
sebahagian penduduk negeri secara tersendiri bahkan khitobnya untuk maslahat semua para muslimin, maka berdalil dengan hadith ini bagi melazimkan rukyah (penglihatan) hilal penduduk sesuatu negeri untuk penduduk selainnya adalah lebih jelas (kebenarannya) daripada tidak melazimkannya, kerana sekiranya seseorang penduduk negeri telah melihatnya maka sesungguhnya telah melihat para muslimin, maka di lazimkan bagi mereka apa yang di lazimkan mereka (yang melihat hilal) selesai – nailul Al-Authar (194/4)
Pendapat yang kedua : Hanya melazimkan penduduk negeri yang sama mathla’nya (tempat terbit hilal) dengan mathla’ penduduk yang melihat hilal. (mathla’ yang sama).
Ini adalah pendapat ‘ulama di dalam mazhab As-Syaafi’i (syaafi’iyyah) dan pendapat dari Imam Ahmad dan di pilih oleh Ibn Abdurr bar di dalam kitabnya At-tamhid, dan Shaikhul Islam di ((الإختيارات)) dan juga merupakan tarjih Shaikh Muqbil Ibn Hadi Al-waadi’I dan shaikh Al-‘Utsaimin serta selain daripada mereka dari kalangan Ahli ‘Ilmu rahimahumullah ajma’in.
Mereka berdalil seperti yang berikut;
1.Firman Allah ta’ala;
; 4 `yJsù y‰Íky ãNä3YÏB tök¤¶9$# çmôJÝÁuŠù=sù (
“..oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu;..” – Al-baqoroh : 185
mereka berkata: ‘mereka yang tidak sama mathla’ dengan mereka (yang melihat) – tidak dapat dikatakan bahawa mereka ‘syahid’ (menyaksikan), tidak secara hakikat mahupun secara hukum. Allah ta’ala hanya mewajibkan puasa kepada yang menyaksikan (hilal)
2. sabda Nabi صلى الله عليه وسلم :
صوموا لرؤيته وأفطروا لرؤيته
‘berpuasalah kamu dengan rukyahnya, dan berbukalah dengan rukyahnya’
Maka dalam hadith ini Nabi mengaitkan puasa dengan rukyah, maka baransgsiapa yang menyelisihi orang yang melihat di mathla’, maka tidak dikatakan bahwa dia melihat (hilal) tidak secara hakikat mahupun secara hukum.
3. Hadith dari Ibn ‘Abbas رضى الله عنهما di dalam sahih muslim, sesungguhnya dia bertanya kepada Kuraib رضى الله عنه bilakah dia melihat hilal? – dimana ketika itu dia di syam dan ibn ‘Abbas di Madinah – dia menjawab; ‘kami melihatnya di malam jumaat’. Maka Ibn ‘Abbas رضى الله عنهما berkata; ‘akan tetapi kami melihatnya di malam sabtu dan kami masih lagi berpuasa sehingga kita melihat hilal atau menyempurnakan hari (30)..’, maka kuraib bertanya; ‘apakah tidak cukup dengan hanya bersandarkan rukyah Mu’awiyah رضى الله عنه ? Ibn ‘Abbas menjawab; ‘tidak, beginilah yang di perintahkan oleh baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم .
Pendapat yang ketiga : Tidak lazim bagi penduduk selain mereka (yang melihat hilal) kecuali sekiranya di tetapkan oleh Imam 'azhom maka melazimkan semua penduduk (untuk mengikut rukyah penduduk yang melihat hilal). Kerana setiap negeri itu seperti sebuah satu negeri (tidak berpisah2) apabila ia menghukumnya maka ia berlaku pada semua, dan ini adalah pendapat ibn majusyun. Dan Ibn Al-'Utsaimin berkata: Manusia hari ini beramal dengan pendapat ini, dan ia dari sudut persatuan adalah pendapat yang kuat.
Telah berkata Shaikh Muhammad ibn Hizam Al-ba’dani Al-Yemeni hafizhoullah; ‘pendapat yang pertama dan kedua adalah pendapat yang kuat, akan tetapi yang lebih jelas – hanya Allah yang mengetahui – pendapat yang pertama adalah yang lebih kuat, kerana umumnya dalil dan syariat (tentang perkara) ini umum, kalau ada hukum selain dari itu maka akan di jelaskan oleh Nabi صلى الله عليه وسلم .’
bersambung..
1 comment:
syukran, semuga di berkati
Post a Comment